mardi 1 septembre 2015

Peragut tua kena cekup



Mior Farid menunjukkan surat pajak gadai yang ditemui di rumah suspek.

GEORGETOWN - Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Itu perumpamaan yang sesuaI buat seorang lelaki yang akhirnya diberkas polis apabila dikesan melakukan jenayah ragut di sekitar negeri ini sejak awal tahun.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, lelaki berusia 42 tahun itu aktif melakukan jenayah itu di kawasan Jalan Love Lane dan Lebuh Acheh dengan menjadikan wanita dan pelancong sebagai sasaran.

Beliau berkata, siasatan yang dilakukan mendapati suspek terlibat sekurang-kurangnya 14 kes ragut di daerah ini yang membabitkan kerugian kira-kira RM20,000.

"Kebanyakan mangsa diragut ketika berjalan seorang diri pada lewat petang atau waktu malam.

"Ada juga mangsa yang diragut ketika membonceng motosikal bersama suami di sekitar kawasan itu," katanya dalam sidang media di sini semalam.

Menurutnya, lelaki itu ditahan di rumahnya di Teluk Kumbar kira-kira jam 8 malam kelmarin dan ujian air kencing mendapatinya berada bawah pengaruh dadah.

"Pemeriksaan yang dilakukan di rumahnya turut menemui surat pajak gadai yang dipercayai hasil cagaran barang kemas mangsa.

"Lelaki itu kini direman lima hari dan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.


sumber:http://ift.tt/1LHnh0N


Polis temui stokin dipercayai milik murid



GUA MUSANG - Stokin dipercayai milik salah seorang daripada tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi di sini, yang hilang sejak 10 hari lepas, ditemui oleh pasukan mencari hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Saiful Bahri Abdullah berkata, sehelai stokin berwarna putih itu dijumpai pasukan mencari kira-kira 11.30 pagi di kawasan hutan, lebih sejam berjalan dari SK Pos Tohoi.

"Bahagian tapak stokin yang ditemui itu berwarna hitam dipercayai mereka berjalan hanya memakai stokin sebelum membuangnya untuk meneruskan perjalanan di hutan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Saiful Bahri berkata, penemuan stokin berkenaan memberi petunjuk baharu untuk pasukan mencari menjejaki laluan tujuh murid terbabit yang mungkin tersesat dalam kawasan hutan tersebut.

Dalam kejadian 23 Ogos lalu, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.

Saiful Bahri yang juga komander operasi mencari itu berkata operasi mencari tujuh murid berkenaan akan dipertingkatkan sehingga mereka ditemui.

Beliau berkata operasi mencari itu membabitkan 65 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Katanya, gerakan mencari murid terbabit agak sukar kerana tidak boleh menggunakan kenderaan kerana laluan berbukit dan terpaksa berjalan secara berkumpulan. - Bernama


Bina Aplikasi Mobile Secara Mudah & Pantas di mobizzapp.com - FREE EBOOK DOWNLOAD!

Salam semua,

alhamdulillah platform bina app mobile secara mudah telah siap dan di lancarkan khusus untuk membantu usahawan-usahawan, para peniaga online mahu pun offline, orang perseorangan, jabatan-jabatan kerajaan atau swasta, graduan-graduan, pelajar-pelajar serta penggangur yang mana ingin bina aplikasi mobile android atau pun ios secara mudah, pantas dan juga murah.


Apa itu platform mobizzapp.com

Platform mobizzapp adalah satu platform yang membolehkan anda membina aplikasi mobile bisnes anda sendiri dengan secara mudah, pantas, tidak perlu pengetahuan teknikal langsung mengenai programming dan yang paling penting kos yang murah


  • Mudah, Pantas dan Jimat untuk bina aplikasi sendiri
  • Tidak perlu Pengetahuan Teknikal Langsung
  • Bina sendiri aplikasi kurang dari 30 minit
  • Mudah Di Pelajari dan Mesra Pengguna
  • Support Semua Platform (Cross Platform) Android, Apple IOS dan HTML5
  • Tidak Perlu Install Kerana Semua Tersedia Secara Online Kerana Kami Pakai Cloud Hosting
  • Boleh Di Akses & Dibuat dimana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja





CUBA PERCUMA SEKARANG! BINA APP BISNES ANDA SEKARANG! LAYARI...


www.mobizzapp.com

atau DOWNLOAD PERCUMA EBOOK "Rahsia Bina Aplikasi Mobile Dengan Pantas, Mudah Dan Murah Sekarang!!

Sila tinggalkan email anda atau pm sy utk ebook percuma! Thank You!
:)cgrock:)cgrock:)paid





Bilal parah ditikam pisau Rambo lepas disangka mahu curi motor 125Z


Tengku Shafiq ditikam dengan pisau Rambo kerana salah faham.

Kuantan: Bilal parah ditikam di belakang badan dengan pisau Rambo oleh seorang lelaki akibat salah faham dalam kejadian di depan tapak pesta ria (funfair) di Tanah Putih, di sini, tengah malam tadi.

Kejadian berlaku pada 12.30 tengah malam dan mangsa, Tengku Shafiq Tengku Adam Azil, 21, kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Menurut sumber, mangsa pergi ke tapak pesta berkenaan kira-kira 9.30 malam selepas selesai bertugas sebagai bilal di Masjid Tepian Putra, di sini dan bertemu tiga rakannya di situ.

"Apabila tiba di tapak berkenaan mangsa memaklumkan terjumpa sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z dengan kunci masih berada di bahagian tempat duduknya sebelum menyimpan kunci berkenaan.

"Difahamkan, mangsa ada memuatnaik status mengenai perkara berkenaan di Facebook dan keluar dari pesta ria itu pada 11.30 malam namun pemiliknya masih tidak kelihatan," katanya.

Mangsa menunggu selama satu jam dan meletakkan nota dengan tertera nombor telefon untuk dihubungi di atas motosikal berkenaan sebelum tiba-tiba datang seorang lelaki dan menikamnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.


- See more at: http://ift.tt/1LQvcvC





Jalur Gemilang diarak dengan betul, tidak terbalik seperti yang dikecohkan


Jalur Gemilang mengetuai perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang bertemakan 'Sehati Sejiwa' di Dataran Merdeka, pada Isnin. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 1 September: Jalur Gemilang yang diarak pada perarakan kontinjen sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka, pagi semalam, tidak terbalik.

Menurut laman web rasmi Jabatan Penerangan yang terletak di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, kepala bendera yang terdiri daripada bulan sabit dan bintang perlu diusung mendahului perarakan.

Ini bermakna, cara bendera itu diarak adalah betul dan mematuhi protokol ditetapkan, iaitu bulan sabit dan bintang terletak di penjuru kiri atas.

“Jika bendera dibawa berarak secara terbentang, bahagian kepala bendera (bulan sabit dan bintang) hendaklah diusung mendahului perarakan, sama seperti jika ianya dibawa dengan tiang bendera,” demikian menurut maklumat yang disiarkan di laman web rasmi jabatan berkenaan.


Maklumat mengenai cara Jalur Gemilang diarak yang betul.

Semalam, gambar Jalur Gemilang diarak, ketika perarakan kontinjen sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka, tersebar di media sosial.

Gambar yang dikongsi di laman Facebook Oh! Media itu menerima pelbagai maklum balas daripada warga maya, termasuk ada yang mendakwa ia diarak secara ‘terbalik’.

Seorang pengguna Facebook bernama Mohamad Fitri berkata: “Apabila bendera diarak, bahagian bulan sabit dan bintang mesti di hadapan. Tiada apa-apa yang tidak munasabah tentang bendera ini.”

Bagi Hisham Salim pula: “Saya melihat siaran langsung di televisyen dan menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan kedudukan bendera.”

Mohammad Faiq berkata: “Ia tidak terbalik, lihat dengan teliti. Gambar itu diambil dari sudut berbeza. Sudah pasti ia akan kelihatan terbalik.”

Gambar itu turut dikongsi lebih 40 kali dan menerima lebih 600 like.

Bekas penyampai radio, Patrick Teoh yang turut terbabit dalam kekeliruan itu, memohon maaf kerana mengkritik pembawa Jalur Gemilang.

“Saya mohon maaf kepada semua atas kesilapan yang bo.doh dan cuai ini,” tulisnya di laman Facebook milik beliau.


Read more: http://ift.tt/1Q5DaQl


PKR dakwa kerajaan rancang beli kapal perang RM3 bilion



PKR hari ini menggesa kerajaan menjelaskan hasratnya membeli sebuah kapal perang bernilai RM3 bilion, seperti didakwa majalah The International Business Times pada 26 Ogos lalu.

Setiausaha agungnya Rafizi Ramli pada satu sidang media hari ini mempertikaikan masa pembelian itu ingin dibuat serta pemilihan kapal perang dari Rusia itu yang mempunyai perincian berbeza dengan strategi persenjataan Malaysia.

"Bukankah lebih baik sebarang tempahan kapal baharu mesti mengikut strategi jangka panjang tentera Malaysia?

"Berapakah kos keseluruhan pembelian kapal ini termasuk pembelian helikopter dan kontrak-kontrak bantuan teknikal.

"Jumlah ini perlu dibentangkan kepada rakyat sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya di ibu pejabat parti itu pagi ini.

- See more at: http://ift.tt/1X9Hkv8

https://www.youtube.com/watch?v=_McnfsJWWbY


lundi 31 août 2015

Apa senjata sebelum bom dicipta?

No, not like the arrows you have in mind. These were as long as a pencil and ten times more deadly than conventional ones. These arrows or flechettes as their French inventors called them were considered dangerous as hell. They instilled a significant fear in the enemy ranks, despite their blatant inaccuracy, due to their ability to wreck the body from head to toe resulting in gruesome bodily mutilations.

The weapon was developed during the early stages of the Great War in 1915 when proper anti-personnel weapons hadn’t been developed. The flechettes were five inches long and sharpened at one end by half inches. The remaining four and a half inches were machined out so that the weapons had a cross section of an “X”. The arrows were then packed in boxes of 500 and placed in a hole in the cockpit. When the pilot wanted to release them, he simply pulled a string before a group of enemy soldiers. They could cover an area of five hundred square yards in a single delivery.















A Royal Flying Corps (Royal Airforce) officer E.G. Grey told the story of a test run carried out with a cow as the target. A barrage of arrows was thrown towards the cow, and about three of them struck the cow and passed through the wide body with ease onto the ground. As expected, the unfortunate cow died of her wounds in an instant. So, if the thing is sharp and heavy enough, gravity can achieve wonders in dropping bombs.











But, the Royal Flying Corps refused to use the Flechettes against the second Reich army. The prime reason was a lack of accuracy, but several other interesting factors were also there. The Corps officers believed that the weapon’s lack of explosive sound had no terror effect and this not an effective choice. In those days, air raids weren’t developed fully. Most of the bombing runs carried out from above were as necessary for causing terror and panic among the enemy forces due to their dipping sounds and ensuing explosions killing them. The falling arrows didn’t offer either of these, so the Royal Air Force shelved efforts to use it.

A German surgeon’s paper on injuries from these bombs shows how brutal the injuries from this weapon could be. Interestingly, another German solider who had been at the receiving end of a Flechette attack claimed that when they heard aircrafts making anti-personnel runs, they would lie flat on the ground instead of crouching down and covering their ears like other weapons. In this way, they would lose fewer organs if they were the victims!