'BN satu-satunya kerajaan yang ambil berat'
Alyaa Azhar | 3:22PM Dec 2, 2014
BN satu-satunya kerajaan dalam dunia yang mengambil berat soal kebajikan rakyat dan meringankan beban ibu bapa, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.
Dalam ucapannya dalam kempen kembali ke sekolah hari ini, beliau justeru meminta orang dewasa dan pelajar supaya sama-sama mengundi BN.
Oleh itu, jangan lupa undilah BN, katanya kepada hadirin.
Hasan (kanan) juga berkata orang ramai patut bersyukur kerana negara ini aman dan barang-barang masih murah.
Ketika menyeru orang ramai membeli barangan buatan Malaysia, Hasan turut mengambil kesempatan menempelak pembangkang dalam isu kenaikan harga minyak.
Katanya, pembangkang hanya bercakap ketika harga minyak naik tetapi berdiam diri jika harga bahan api itu turun.

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire