Wang Sicong memuat naik gambar anjingnya yang memakai dua jam tangan emas Apple. Foto: SINA WEIBO
NEW YORK, 27 Mei: Wang Sicong, anak kepada salah seorang jutawan China Wang Jialin, memuat naik gambar anjingnya yang memakai dua jam tangan emas Apple di laman web media sosial Weibo.
Menurut Shanghaist, kapsyen yang dicatatkan adalah: Saya mempunyai jam tangan baru. Saya sepatutnya ada empat jam tangan kerana saya mempunyai empat kaki. Tetapi ia seolah-olah terlalu tamak jadi saya hanya ada dua yang benar-benar sesuai dengan status saya. Adakah anda mempunyai satu?
Jam tangan emas Apple bernilai antara AS$ 10,000 (RM36,455) dan AS$ 17,000 (RM61,970).
Ia bergantung kepada spesifikasi dan kini perlu menunggu tiga hingga empat minggu untuk memperolehnya.
Harta Wang Jianlin yang bernilai kira-kira AS $ 34 bilion (S $ 46 bilion).
Beliau menjalankan syarikat pembangunan hartanah, Dalian Wanda.
Read more: http://ift.tt/1PNfNPb
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire