jeudi 28 mai 2015

Blog lucah, kerani didenda RM18,000

KUALA LUMPUR - Seorang kerani akaun Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad terpaksa merengkok di penjara selepas gagal membayar denda RM18,000 berhubung kesalahan memberikan perkhidmatan kandungan lucah dalam laman blognya, tiga tahun lalu.

Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhkan hukuman denda itu ke atas Asnizukacaras Saari, 36, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda. Dia gagal membayar denda itu.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Zulqarnain berkata mahkamah memandang serius kesalahan itu kerana ia menggalakkan perkara yang tidak baik berlaku.

Asnizukacaras didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan iaitu laman blog di alamat http://ift.tt/1AzFiMS dengan memberikan kandungan yang lucah sifatnya dengan niat untuk mengganggu mana-mana orang.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad, No. 35-A-1-1 Jalan Wangsa Delima 5, Setapak, di sini pada pukul 2 petang, 2 Dis 2013. - Bernama


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire