Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, individu berkaliber tinggi akan dilantik untuk menganggotai Jawatankuasa Pemandu Pasukan Petugas Khas Pendidikan Tinggi Putrajaya.
Beliau berkata, jawatankuasa itu akan bertanggungjawab sebagai pembuat keputusan dan perancang hala tuju strategik dalam pelaksanaan semua inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)(PPPM-PT) 2015-2025.
"Jawatankuasa pemandu ini akan disokong oleh sebuah Jawatankuasa Teknikal yang akan memantau pelaksanaan inisiatif PPPM-PT dan ia berperanan sebagai pemudahcara proses penyelesaian masalah," katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Pendidikan Tinggi Putrajaya, PPPM-PT 2015-2025 di Universiti Malaya, di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, pewujudan pasukan petugas khas itu membuktikan komitmen tinggi kementerian dalam memastikan kejayaan PPPM-PT. - Bernama
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire