KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah mengutip RM2.58 bilion Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada import sejak pelaksanaan sistem cukai baharu pada 1 April lepas.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, bagaimanapun ia bukan jumlah tepat dalam pendapatan kerajaan, kerana sebahagian besar akan digunakan sebagai kredit input GST.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas pelancaran Persidangan Pasca GST 2015.
Mengenai pendaftaran GST, Chua berkata, Jabatan Kastam akan menganjurkan program pelanggan di seluruh negara bagi membantu perniagaan melaksanakannya, terutama mereka yang mengemukakan penyata buat pertama kali.
"Terdapat sedikit kebimbangan mengenai prosedur mengisi borang penyata, seperti kod teks dan tuntutan cukai input," katanya.
Menurutnya, tarikh pelancaran untuk program itu akan diumumkan agar perniagaan sedar mengenainya dan ia akan diadakan di antara 20 dan 30 lokasi dan tidak hanya di bandar raya besar.
Sementara itu, mengenai jumlah kutipan GST setakat ini, beliau berkata, anggaran hanya boleh dibuat mejelang akhir Julai atau awal Ogos selepas semua perniagaan mengemukakan penyata cukai mereka.
Chua berkata, ini kerana perniagaan terbabit dengan pendapatan kurang RM5 juta boleh mengemukakan penyata tiga bulan sekali manakala mereka yang berpendapatan lebih perlu mengemukakan penyata GST setiap bulan.
Bertemakan 'Enam Peratus: Anda Fikir Anda Tahu?', persidangan sehari itu membincangkan aspek pelaksanaan GST dan cabaran berkaitan dengannya. - Bernama

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire