vendredi 29 mai 2015

Najib lancar Jawatankuasa Perwakilan Penduduk


PUTRAJAYA 29 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan timbalannya, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Jawatankuasa tersebut menjadi pelengkap kepada pertubuhan sedia ada seperti Rukun Tetangga, persatuan belia dan jawatankuasa masjid di kawasan setempat.

JPP ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan penduduk dalam program pembangunan kawasan setempat serta mewujudkan hubungan baik antara masyarakat.

JPP pada masa yang sama membantu menangani isu-isu kesejahteraan bandar dan seterusnya meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. - UTUSAN ONLINE


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire