SHAH ALAM 28 Mei - Polis Selangor menumpaskan sindiket curi kereta dan pecah rumah dengan penahanan empat suspek di Bukit Kinrara Puchong di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Adnan Abdullah berkata, kesemua suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan diberkas di sebuah rumah teres dua tingkat kelmarin.
“Penangkapan kesemua suspek berdasarkan laporan polis oleh pengadu dari USJ 9 pada 30 April lalu yang mengadu rumahnya dimasuki pencuri dan kereta miliknya jenis Volkswagen Golf GTI yang diletakkan di hadapan rumah dicuri.
“Ekoran laporan itu, kita menggerakkan siasatan dan pada Selasa lalu satu serbuan dibuat di sebuah rumah di alamat BK /5A Bandak Kinrara Puchong,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Empat buah kereta yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemukan semula diletakkan di kawasan rumah suspek dan di lorong-lorong berdekatan.
Semalam, dua kereta lagi dirampas di Jalan BK/5 melibatkan suspek yang sama. - UTUSAN ONLINE
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire