Kemusnahan yang berlaku akibat gempa bumi di Kathamamdu, Nepal. - Foto EPA
KATHMANDU - NEPAL. Thailand menerbitkan 20 set setem pos Nepal dalam usaha mengumpul dana bagi memberi bantuan kepada mangsa gempa bumi Nepal.
Menurut Kedutaan Nepal di Bangkok, Pejabat Pos Thailand melancarkan setem itu pada Khamis, dalam acara yang diberi nama 'Pos Thailand bagi Nepal' bertujuan mengumpul dana untuk membantu mangsa gempa bumi di Nepal.
Duta Besar Nepal di Thailand Khaga Nath Adhikari menjadi tetamu khas pada majlis pelancaran itu, katanya dalam kenyataan.
Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal pada 25 April diikuti beberapa gegaran kuat menyebabkan 8,600 orang terbunuh, setengah juta rakyat negara itu kehilangan rumah dan kerosakan harta benda bernilai berbilion dolar (ringgit).
Nepal berkata pemulihan dan pembinaan semula memerlukan sekurang-kurangnya AS$5 bilion (RM18.2 bilion) yang mana ia telah meminta komitmen daripada masyarakat antarabangsa. - Bernama
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire