KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki ditembak dua lelaki bermotosikal di Bulatan Loke Yew di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 57 tahun yang menaiki kenderaan Toyota Vellfire dalam perjalanan dari Kajang menuju ke ibu negara.
"Mangsa hanya cedera ringan akibat terkena cermin dan bukan disebabkan oleh tembakan yang dilepaskan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Zainuddin berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan terlibat mendapati terdapat lebih lapan kesan tembakan yang mengenai bumbung dan cermin sebelah penumpang kenderaan terbabit.
"Dua lelaki berkenaan memakai sarung muka dan dipercayai melarikan diri menghala ke Jalan Hang Tuah, kita sedang menyiasat motif sebenar kejadian itu," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan. - Bernama

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire