jeudi 3 septembre 2015

‘Derma’ RM2.6b: Mahkamah arah Najib bela diri

Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan Datuk Seri Najib Razak dan tiga lagi individu memfailkan pembelaan terhadap saman yang difailkan PKR mengenai kesalahan membelanjakan RM2.6 bilion dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Tiga individu itu ialah Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB); dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Peguam Choo Shi Jiu yang hadir bersama Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Najib berkata, anak guam mereka perlu memfailkan pembelaan menjelang 1 Oktober ini.

Tengku Adnan diberi tempoh sehingga 15 September, 1MDB sehingga 14 September, manakala SPR diberi tempoh sehingga 14 September untuk mengemukakan pembelaan.

Ini berikutan PKR pada 12 Ogos lalu memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas dakwaan melanggar Akta Pilihan Raya 1954 dengan ‘derma’ RM2.6 bilion serta bersubahat membenarkan kesalahan itu dilakukan.

Saman yang dibuat merupakan tindakan susulan daripada pendedahan The Wall Street Journal berkenaan wang RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib bagi kegunaan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 yang didakwanya sebagai ‘wang derma’.

PKR menerusi Naib Presiden Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chua dan Pengarah Pilihan Raya Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa jumlah RM 2.6 billion itu adalah 26 kali ganda daripada jumlah yang dibenarkan Sekysen 19 Akta Pilihan Raya 1954 yang hanya membenarkan belanja RM200,000 bagi calon Parlimen dan RM100,000 bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN).


http://ift.tt/1PMZsWh


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire