mardi 1 septembre 2015

Easy Wuduk bantu berwuduk, beristinjak ketika melancong


Produk Easy Wuduk yang memudahkan pengguna untuk berwuduk dan beristinjak keluaran syarikat Anak Jamil Enterprise.

KUALA LUMPUR 1 Sept. – Kini pelancong beragama Islam yang ingin melancong ke luar negara tidak akan menghadapi kesukaran untuk berwuduk dan beristinjak kerana adanya produk ‘Easy Wuduk’ yang memudahkan mereka menyucikan diri untuk menunaikan ibadah.

Mengambil wuduk mungkin tidak terlalu sukar untuk kaum lelaki kerana mereka boleh mengambilnya di mana sahaja tetapi bukan bagi wanita kerana aurat mereka terhad dan terpaksa mengambil wuduk di tempat bertutup.

Selain itu, kesukaran sewaktu membasuh kaki kerana tiada paip khas disediakan kecuali sinki di tandas bukannya perkara yang mudah, lebih-lebih lagi fizikal kebanyakan orang Asia yang agak kecil dan rendah jika berbanding masyarakat Eropah.

Sehubungan itu, syarikat Anak Jamil Enterprise telah memperkenalkan produk Easy Wuduk untuk menyelesaikan masalah berwuduk dan beristinjak tanpa perlu menggunakan air mineral atau tisu yang sering digunakan ketika rakyat negara ini melancong di luar negara.

Pemilik syarikat tersebut, Jamil Ahmad berkata, produk Easy Wuduk yang didatangkan dalam bentuk botol plastik sangat mudah dipegang dan berkapasiti 500 mililiter (ml), cukup untuk mengambil wuduk yang sempurna dan menyucikan.

Katanya, pengguna hanya perlu menterbalikkan botol supaya air boleh keluar secara perlahan-lahan melalui straw untuk mengambil wuduk dan pengguna juga boleh mengawal arus airnya dengan hanya memicit botol tersebut.

“Untuk beristinjak pula, Easy Wuduk diciptakan dengan straw panjang yang boleh dibengkokkan agar mudah pengguna menggunakannya untuk tujuan penyucian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Jamil, Easy Wuduk yang berharga RM15 itu boleh diperoleh dengan menghubungi 014-9696312, 017-2192985 dan 012-2292907 atau layari Facebook: Traveller’s kit atau datang ke 5433, Jalan J9, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.


- See more at: http://ift.tt/1Fi5xEw


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire