jeudi 10 septembre 2015

Erin Malek belum bersalin, nafi foto yang tersebar adalah bayinya



KUALA LUMPUR: Ekoran tersebar gambar bayi kembar yang bertulis tahniah Erin Malek atas kelahiran bayi, ramai yang mengucapkan tahniah kepadanya selain dihubungi rakan wartawan.

Setakat ini, Erin bagaimanapun menafikan perkara itu itu.

"Saya belum bersalin lagi. Anak dalam kandungan ini lambat lagi keluar," kata Erin ringkas sekali gus menafikan yang dia sudah bersalin.

Sebelum ini, ramai yang tahu bahawa Juara Fear Factor Selebriti musim kedua itu dijangka akan melahirkan anak kembar.

Bagaimanapun, gambar bayi kembar yang tersebar itu bukan anaknya.

Erin melangsungkan pernikahan dengan Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014. Erin dijangka melahirkan anak sulungnya pada bulan ini.



Selanjutnya di : http://ift.tt/1VP64Y8


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire