KUALA LUMPUR: Pelbagai kenyataan dikeluarkan melalui media sosial berhubung insiden penonton membaling suar dan bom asap ketika aksi Malaysia menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam malam tadi. Pelbagai reaksi diberikan, termasuk melahirkan rasa tidak puas hati dengan perbuatan berkenaan selain ada juga menyokong tindakan terbabit. Perlawanan Malaysia-Arab Saudi itu terpaksa dihentikan pada minit ke-88 selepas asap suar selain bom asap dan mercun memenuhi kawasan padang yang memaksa pemain kedua-dua pasukan terpaksa berlari meninggalkan kawasan sejurus selepas itu. Satu daripada kenyataan membabitkan insiden itu dikeluarkan oleh pemilik akaun Facebook HarimauMalaya. "Selamat Malam semua.. Kejadian yang berlaku malam ini ada mesej yang ingin disampaikan kepada FAM.. " Turut disertakan gambar kain rentang berbunyi: "Harimau Malaya for fans not for FAM'. Selain itu HarimauMalaya turut menyiarkan kenyataan ini: "Melihat akan kebencian rakyat kepada FAM semakin membuak2. Kekalahan demi kekalahan dicatatkan oleh pasukan negara. Kemuncak apabila UM membuat onar sebagai tanda protes sewaktu perlawanan menentang Saudi Arabia malam tadi ada pengacara atau pengulas yang berkata gunalah saluran yang betul. Admin cuma nak tanya. Berapa lama si pengulas ni follow bola malaysia. Ingatkah FRU berbaris didepan FAM dulu? Semuanya telah peminat lakukan. Petisyen? Complain letter? Ingat tak berapa ramai dah sangkut akta 88? Semuanya untuk bolasepak. Ramai yang melihat dari konteks bolasepak. Dalam konteks futsal pula. Tahukah anda sukan yang disponsor oleh felda dengan menggunakan nama liga futsal kebangsaan fam -felda sudah tiada lagi. Felda telah secara rasmi utk stop penajaan diatas sebab2 yang tidak dinyatakan. Tapi ramai yang tahu kenapa. Liga futsal kebangsaan tajaan juta2 ringgit hanya berlangsung pada venue yang xsesuai. Venue cap ayam. Hadiah liga pon main ralat2 tarik balik. Sedangkan tertulis dalam surat dan mockup cek kejohanan. Malu dan pengurusan cap ayam. Ini yang duk sembang pengurusan bolasepak tertinggi?
:eek::eek::eek::eek:
:eek::eek::eek::eek:
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire