mardi 8 septembre 2015

Masyarakat Siam kesal sikap segelintir rakyat benci Najib



KUALA LUMPUR 7 Sept. – Masyarakat Siam di negara ini kesal dengan sikap segelintir rakyat yang menunjukkan rasa benci keterlaluan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak biarpun pemimpin itu telah banyak berjasa.

Ahli Dewan Negara Mewakili Masyarakat Siam, Senator Datuk Boon Som Inong berkata, masyarakat Siam bersyukur kerana tidak tergolong dalam kelompok itu, sebaliknya akan terus mengingati jasa-jasa Najib selama ini.

Antaranya kata beliau, mereka tidak akan melupakan jasa Perdana Menteri dalam komitmennya apabila mengiktiraf golongan minoriti tersebut sebagai kaum bumiputera di negara ini.

“Beliaulah (Najib) pemimpin negara pertama yang meluluskan peruntukan untuk sekolah dalam bahasa Siam beroperasi di Wat Siam seluruh negara sehingga ke hari ini. Beliau juga yang telah membantu kami menjadi kaum bumiputera.

“Ramai pelajar masyarakat Siam yang telah menikmati kemudahan pinjaman pelajaran daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) termasuk bagi yang mahu melanjutkan pelajaran di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu katanya, masyarakat Siam turut mendapat kemudahan perniagaan daripada Mara, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan geran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) serta status syarikat bumiputera.

Katanya, sepanjang menjadi Perdana Menteri, Najib juga sering turun padang mengadakan perjumpaan dengan masyarakat Siam, malah pada Bajet 2015 beliau turut tidak melupakan kebajikan masyarakat Siam dan kaum minoriti lain.


- See more at: http://ift.tt/1g6T3sQ


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire