mercredi 2 septembre 2015

Rakaman pengawal keselamatan RHB Bank tendang wanita tua jadi viral

http://www.youtube.com/watch?v=_Io8GoTMsyQ

SANDAKAN – Satu klip video yang memaparkan seorang pengawal keselamatan menendang seorang wanita warga emas menjadi viral di internet.

Klip video berdurasi 1 minit 32 saat itu menunjukkan pengawal keselamatan terbabit menendang wanita malang itu yang dilihat duduk di tepi kaki lima.

Klip video itu, menunjukkan lelaki berkenaan mengacu cota ke kepala wanita terbabit sambil mengancamnya sebelum beredar.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, insiden berkenaan dikatakan berlaku di sebuah bank di bandar Sandakan, Sabah.

Sementara itu pengguna Facebook Juhan Junaidi berkata, wanita tua terbabit merupakan pengemis yang sering dilihat berada di kawasan berkenaan.

“Dia biasanya memaksa orang ramai memberikannya wang,” kata Juhan pada ruangan komen video terbabit.

Dalam video berkenaan, seorang lelaki dilihat menghampiri wanita itu selepas pengawal keselamatan meninggalkannya dan berbual ddengannya sebelum menghulurkan wang.

Malah tindakan pengawal keselamatan berkenaan yang mengasari wanita itu menimbulkan kemarahan netizen.

Seorang pengguna Facebook, Shakirnah Osman berkata, “Ini tidak patut. Bagaimana seorang wanita boleh diperlakukan demikian. Pihak polis perlu mengambil tindakan ke atas pengawal keselamatan itu.

Seorang lagi pengguna Facebook, AznIzam AzIz berkata, wanita berkenaan adalah pengemis dan sering berlegar di kawasan itu, tindakan pengawal keselamatan itu tidak wajar: “Beri sahaja sedekah kepadanya, bukan tendang macam itu.”

Video yang dimuat naik itu sudah ditonton sebanyak 7,394 kali.


http://ift.tt/1ij1inn


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire