GOOGLE merupakan salah satu laman web enjin carian paling terkenal di dunia.
Laman Carian Google atau Google Search merupakan halaman utama bagi rujukan ramai dalam membuat pencarian info mahupun berita semasa.
Baru-baru ini, mereka telah mengumukan penstrukturan semula dibawah syarikat Alphabet dan ini membuatkan mereka mengumumkan evolusi pertama syarikat mereka dengan memperkenalkan logo baru.
Google mengatakan mereka telah melalui pelbagai perubahan sejak 17 tahun yang lepas, di mana kini selain daripada hanya di desktop, perkhidmatan mereka juga turut digunakan pada telefon pintar, tablet, mahupun pada jam tangan pintar.
Melalui identiti baru ini, Google membawakan elemen warna-warni yang memperlihatkan pelbagai keajaiban melalui pelbagai peranti dan platform.
Penggunaan identiti baru ini akan diperkenalkan oleh Google pada semua perkhidmatan mereka secara berperingkat bermula September.
Seperti yang anda lihat pada enjin carian, mereka juga membawakan kesinambungan huruf G sebagai alternatif kepada logo Google.
http://ift.tt/1N9iY1I
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire