dimanche 1 mars 2015

Lelaki kemaruk Batman Jadi 'Bad Man"





BRATISLAVA: Seorang lelaki Slovakia yang terlampau teringin menjadi watak adi wira fantasi Batman, ditangkap kerana disyaki mencabul seorang budak perempuan.



Zoltan Kohari mula memakai kostum seperti watak ciptaan Stan Lee itu kira-kira tiga tahun lalu bagi membantu pihak berkuasa di bandar Dunajska Streda, barat daya Slovakia menentang penjenayah.




Usaha Kohari mencegah aktiviti penjenayah menarik perhatian penduduk setempat dan pujian segera mencurah-curah untuknya.



Seorang jiran Kohari, Lenka Brezikova berkata, lelaki itu menjalani hidup yang sukar dan mencabar suatu ketika dulu tetapi kemudian menunjukkan perubahan yang baik.



“Kami terhutang budi kepada dia kerana menjadi pengawas keselamatan,” katanya.



Namun baru-baru ini Kohari, 29, ditangkap atas tuduhan melakukan serangan seksual ke atas seorang kanak-kanak perempuan.



Dia juga berdepan tuduhan menipu pinjaman.



Jurucakap polis berkata, penganggur itu pernah ditahan pada 2013 dan dihukum penjara empat tahun.



“Tetapi hakim mengarahkan hukuman berkenaan ditangguhkan kerana dia mahu siasatan lanjut dibuat.



“Dia sepatutnya hadir di mahkamah pada Februari lalu tetapi gagal menyebabkan mahkamah mengeluarkan waran tangkap untuknya,” katanya.



Mengenai tuduhan menipu, jurucakap polis berkata, Kohari meminjam wang kira-kira RM 122,730 tetapi ditolak, sebaliknya hanya RM8,400 diluluskan.



“Jumlah yang dipohon itu kemudian diberikan kepada sebuah syarikat yang ditubuhkan menggunakan nama Kohari.



“Dia menafikan ada kaitan dengan syarikat itu,” katanya.



Diterbitkan: Ahad, 1 Mac 2015 4:57 PM -MyStar-




LD-Venus Gold menorakai rahsia kecantikkan wanita...

Attachment 168104 Attachment 168105 Attachment 168106Attachment 168107





LD-Venus Gold diformulasikan menggunakan formula herba teruji dengan herba Cina bergred tinggi.:):):)




Fungsi LD-Venus gold:

1.membantu mengawal atur kitaran haid

2.menghilangkan sakit senggugut

3.memperkaya dan menggalakkan peredaran darah

4.membantu dalam pemulihan selepas bersalin

5.menawarkan kelegaan kepada wanita yang mengalami menopaus

6.membantu mengembalikan perawan(dara)

7.mencantikkan kulit






LD-Venus Gold dipek dalam botol kecil dan tidak memerlukan persediaan atau dididihkan. Ia disijilkan halal dan tidak mengandungi hormon, bahan kimia atau ramuan tiruan.



Ciri-ciri istimewa:

1.tidak perlu direneh

2.mudah dibawa

3.botol khas yang memenuhi semua ciri kebersihan

4.rekaan yang elegan

5.bau dan rasa yang menyenangkan(rasa seperti kurma)






Testimoni para pelanggan amat memuasakan..



1kotak hanya



RM196.00(non-member)

RM170.00(member)
:)paid



sila klik di bawah utk lebih detail n produk..



http://ift.tt/1AWQU9k




Attached Images

















File Type: jpg ldvenusgoldb.jpg (125.4 KB)
File Type: jpg ld venus.jpg (43.5 KB)
File Type: png LD-Venus Gold2.png (92.4 KB)
File Type: jpg venus testimony.jpg (306.8 KB)






Seorang penunggang motosikal, Maut selepas bertembung dgn bas

Kuala Lumpur: Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah bas dalam kejadian di Jalan Cochrane, Pudu, pagi tadi.



Dalam kejadian 8.50 pagi itu, mangsa S.Genesen, 33, yang beralamat di Taman Kosas, Ampang dipercayai terseret kira-kira 10 meter.



Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.57 pagi sebelum mengerahkan sebuah jentera dan lima anggota bomba termasuk pegawai ke lokasi kejadian.



Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, mangsa didapati terperosok di bawah bas.



"Pasukan bomba terpaksa menggunakan peralatan 'Beg Angin Res Q Tech' bagi mengangkat chasis bas sebelum berjaya mengeluarkan mangsa,"katanya.

- See more at: http://ift.tt/17Hzq6y




Lebih 1,000 kanak-kanak Malaysia dijangkiti HIV

CYBERJAYA - Sebanyak 1,076 kes jangkitan HIV dalam kalangan kanak-kanak berumur kurang daripada 13 tahun dikesan di negara ini sejak 1986 hingga Disember 2013, kata Pengarah Eksekutif Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Jasmin Jalil.



Beliau berkata, berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan, jumlah jangkitan HIV baharu dalam kalangan kanak-kanak bagi tahun 2013 sahaja adalah 50 kes atau satu peratus daripada keseluruhan 101,672 jangkitan sepanjang tempoh 27 tahun itu.



"Kanak-kanak ini mendapat jangkitan HIV semasa dalam kandungan kesan daripada ibu mereka tidak mengambil sebarang ubat untuk mengelakkan jangkitan," katanya pada program Kayuhan Amal AIDS di sini hari ini.



Program itu dianjurkan MAF dan Universiti Kebangsaan Malaysia bertujuan mengumpul dana untuk membantu Orang Yang Hidup Dengan HIV terutama mereka yang kurang berkemampuan.



Seramai 250 peserta mengambil bahagian dalam acara itu yang juga diadakan sempena Hari Sifar Diskriminasi. - Bernama




Ular sawa 90kg, lapan meter cemaskan penduduk kampung



Anggota JPAM Segamat menunjukkan ular sawa yang berjaya ditangkap di Kampung Sepinang.





SEGAMAT - Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Segamat berjaya menangkap seekor ular sawa betina seberat 90 kilogram (kg) dengan panjang lapan meter selepas melalui detik-detik mencemaskan dekat Kampung Sepinang, di sini, petang kelmarin.



Pegawai JPAM Segamat, Staf Muda Mohd Nazlan Ruslan berkata, anggotanya menerima panggilan daripada seorang penduduk kampung yang terlihat ular tersebut berhampiran rumah penduduk kira-kira pukul 3.47 petang.




“Bertindak atas maklumat dan laporan awal yang diterima, seramai empat anggota saya telah bergegas ke kawasan tersebut dengan membawa kelengkapan peralatan untuk menangkap ular kerana dilaporkan ular berkenaan sangat besar.



“Kerja-kerja menangkap ular tersebut juga agak mudah kerana reptilia berkenaan tidak menyorok di dalam semak sebaliknya hanya melingkar berhampiran kandang kambing milik penduduk kampung,” katanya kepada Sinar Harian.



Menurutnya, operasi menangkap ular tersebut mengambil masa lebih kurang 10 minit dan haiwan tersebut juga bertindak agresif dengan cuba menyerang anggotanya dan penduduk kampung yang berhampiran.



Katanya, ular tersebut akhirnya berjaya ditangkap apabila kepalanya dijerut menggunakan tali sebelum penduduk kampung membantu bersama-sama mengangkat ular berkenaan ke dalam sangkar yang disediakan oleh pihak JPAM.



“Ular ini berkemungkinan sedang keluar mencari makanan di kawasan berhampiran sebelum ditemui oleh penduduk kampung dan ini merupakan tangkapan pertama ular terbesar di daerah Segamat sehingga bulan Februari tahun ini.



“Ular ini akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Segamat untuk tindakan selanjutnya dan saya nasihatkan kepada orang awam jangan terus bertindak sesuka hati sekiranya terserempak haiwan ini kerana bimbang boleh mencederakan dan mendatangkan bahaya,” katanya.



Menurutnya, sepanjang bulan Januari lalu, JPAM Segamat telah berjaya menangkap sebanyak 26 ekor ular dan 28 ekor ular pada bulan Februari lalu serta meminta orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri berhadapan reptilia tersebut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.




Enam rumah kedai terbakar



Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran enam rumah kedai berusia hampir 100 tahun. FOTO ihsan bomba



Melaka: Enam rumah kedai berusia hampir 100 tahun musnah dalam kebakaran di Jalan Parameswara, di sini, 9.40 pagi tadi.

Kebakaran dipercayai bermula dari tingkat bawah sebuah rumah kedai yang kosong sebelum api merebak ke lima rumah kedai bersebelahan.




Ketua Zon Bomba Melaka 1 Pegawai Bomba Kanan II Azman Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.57 pagi dan jentera pertama tiba dua minit kemudian bagi memadamkan kebakaran.



"Api berjaya dikawal 10 minit selepas jentera pertama tiba. Punca sebenar dan anggaran kerugian masih lagi disiasat," katanya.



Beliau berkata, tiada kemalangan jiwadilaporkan dalam kejadian itu.




samedi 28 février 2015

Berpura tidak tahu cara buka pintu





Anggota penguatkuasa dan polis cuba membuka pintu premis hiburan yang disyaki menggunakan khidmat GRO.

< 1 / 1 >

MELAKA RAYA - Pengusaha pusat hiburan guna tektik melengah-lengahkan masa buka pintu untuk larikan gadis pelayan (GRO) ketika pemeriksaan dilakukan.



Tindakan tersebut menyebabkan penguat kuasa gagal menahan GRO pada Operasi Bersepadu diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di beberapa pusat hiburan di sini, yang dipercayai menawarkan khidmat GRO.



Operasi membabitkan Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi & Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Kesihatan.



Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Hussin berkata, pengusaha tersebut berjaya melarikan pelayan mereka sebelum sempat pihak berkuasa menyerbu masuk premis.



“Ketika anggota penguat kuasa melakukan serbuan di salah sebuah premis hiburan di Melaka Raya, kira-kira jam 1.25 pagi, seorang lelaki berusia 20-an yang bekerja sebagai penyambut tetamu berpura-pura tidak tahu cara membuka pintu utama dan mendakwa baru bekerja di situ.



“Sebaik pemeriksaan dilakukan, kesemua GRO gagal dikesan biarpun ada pelanggan mendakwa menerima layanan GRO sebelum premis terbabit diserbu,” katanya.

Tambahnya, tiga pusat hiburan diberi notis kerana beroperasi tanpa lesen dan dua premis beroperasi melebihi masa ditetapkan.



"Pelbagai peralatan termasuk pengadun bunyi, pemain DVD, unit amp karaoke dan power amp turut disita," katanya.



Dalam operasi melibatkan JAIM itu, lima pengunjung turut disaman.



"Dua lelaki Islam disaman kerana minum minuman memabukkan dan tiga wanita Islam yang berpakaian tidak sopan," kata Ketua Pegawai Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani.