mercredi 1 avril 2015

Kalkulator MLTA Mortgage Level Term Takaful Perumahan Dan Keluarga

MLTA bermaksud Mortgage Level Term Assurance atau secara islamiknya, ia adalah MLTT (Mortgage Level Term Takaful).



MRTA/MRTT, insurans ini dimasukkan ke dalam pinjaman perumahan. Bagi MLTA/MLTT, ia tidak dimasukkan ke dalam pinjaman kerana ia adalah insurans peribadi dengan cara menginsuranskan nyawa kita senilai dengan nilai rumah dan menjadikan beneficiary adalah keluarga kita.



Jadi, sekiranya apa-apa musibah berlaku kepada kita, syarikat insurans akan membayar baki pinjaman kepada bank dan lebihannya akan diberikan kepada keluarga kita berserta jumlah simpanan/ keuntungan yang terkumpul.



Bermakna, keluarga kita akan mendapat rumah dan juga sejumlah wang untuk mereka meneruskan kehidupan selepas ketiadaan kita. Secara tak langsung, hidup keluarga kita terjamin. Tak perlu jual rumah untuk mendapatkan wang kerana MLTA/MLTT adalah pelan berkait-pelaburan yang mempunyai bahagian simpanan.



1 polisi MLTA/MLTT untuk beberapa rumah



Peluang memendekkan tempoh pinjaman



Boleh dipindah milik ke rumah lain



Nilai diinsuranskan tidak susut mengikut nilai pinjaman



Menjamin masa depan keluarga kita



Untuk Dapatkan Sebuthara secara Percuma Sila KLIK SINI

Hubungi no ni:



Whatsapp 0199421125 (Pn Atiey)




Syarikat kereta turunkan harga kerana GST

KUALA LUMPUR - Lebih banyak syarikat mengumumkan penurunan harga kenderaan mereka, berikutan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) hari ini.



Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Mercedes-Benz, Perodua dan Sime Darby Auto Connexion telah mengurangkan harga sehingga RM10,000 sejajar dengan cadangan kerajaan dan Akta Anti-Pencatutan 2011.



Sime Darby Auto Connexion, pengedar kenderaan Ford, menurunkan harga Ranger 3.2 XLT 4×4 Automatic kepada RM110,504.80 daripada RM110,506.45 sebelum ini, manakala S-Max 2.0 dikurangkan kepada RM198,833.41 berbanding 198,933.90 sebelum GST.



Harga kereta Mercedes-Benz dijual di Malaysia turun sebanyak RM10,000 berbanding sebelum GST.



"Kami gembira untuk mengumumkan yang harga kereta kami telah dikurangkan berikutan pelaksanaan GST.



"Ini mematuhi sepenuhnya cadangan kerajaan dan Akta Anti-Pencatutan 2011 dan demi kepentingan pengguna, kami akan terus menawarkan perkhidmatan dan kualiti terbaik," kata Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran Kereta Penumpang Mercedes-Benz Malaysia, Mark Raine.



Selepas enam peratus GST mulai hari ini, harga Mercedes-Benz E300 Blue TEC Hybrid turun 2.87 peratus kepada RM338,888 daripada RM348,888 (tanpa insurans).



Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd mengumumkan ia mengurangkan harga kenderaan sebanyak 0.3 peratus hingga dua peratus untuk model terurai sepenuhnya, walaupun harga model siap dipasang kekal tidak berubah.



Pengeluar kereta tempatan, Perodua mengurangkan harga keretanya di antara 0.1 dan 1.6 peratus, tetapi harga alat ganti tidak berubah.



Bagaimanapun, Volkswagen Malaysia mengekalkan harga jualan bersihnya (tidak termasuk kos atas jalan dan insurans), termasuk GST.



Sebelum ini, semua kereta baharu tertakluk kepada 10 peratus cukai jualan ke atas Harga Jualan Diluluskan Kerajaan.



Bagaimanapun, rejim cukai jualan itu dihapus dan diganti dengan enam peratus GST, iaitu cukai nilai tambah, cukai yang dibayar ke atas nilai yang ditambah kepada produk atau perkhidmatan. - Bernama




Kereta terjunam dari jambatan sebab GPS




Kereta tersebut terjunam kerana melalui jambatan tidak digunakan.



CHICAGO - AMERIKA SYARIKAT. Gara-gara terlalu mengikut arahan pada sistem navigasi satelit (GPS), seorang lelaki cedera manakala isterinya maut selepas kereta yang dipandunya terjunam selepas melalui sebuah jambatan yang tidak digunakan.



Iftikar Hussain, 64, cedera manakala isterinya Zohra Hussain, 51, meninggal dunia selepas kereta yang dinaiki mereka menjunam 37 kaki dari Jambatan Cline Avenue di Indiana dan kemudiannya terbakar.



Menurut seorang penyiasat polis, pemandu itu terlalu memberi tumpuan kepada GPS untuk melihat arah jalan yang perlu dilaluinya.



Sementara itu, jurucakap polis berkata, Jambatan Cline Avenue telah diletakkan beberapa sekatan-sekatan seperti kon, dan papan tanda "jalan ditutup"



"Malah terdapat penghadang konkrit di seberang jalan yang menunjukkan jalan yang ditutup", katanya dipetik Metro.uk



Iftikar kini stabil dan sedang dirawat di hospital.




RTM perlu ambil kira angin penonton





Ahmad Shabery Cheek

< 1 / 1 >

KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu menentukan angin penonton dan berani menyiarkan kandungan yang di luar kebiasaan bagi memastikan salurannya terus relevan.



Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pada masa kini penonton mempunyai pilihan seperti media sosial bagi mendapatkan maklumat, justeru RTM perlu berani untuk berubah bagi menarik minat orang ramai untuk menonton dan mendengar radio.



"Kita mesti menentukan mood (angin) rakyat, mood negara... cabaran terbaharu ialah dunia digital. Di zaman ini tanpa perlu memasang kepada televisyen atau radio, boleh (mendapatkan berita) melalui i-Pad.



Untuk jadikan RTM relevan, mesti berusaha untuk berubah, memang sudah banyak perubahan, tapi kena tengok pesaing, ada banyak benda kita kena buat," katanya berucap pada Perhimpunan Hari RTM 69 Tahun di Angkasapuri di sini hari ini.



Mengambil contoh liputan secara langsung kematian bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Februari lepas, beliau berkata ia merupakan satu tindakan berani RTM dalam menyiarkan sesuatu yang di luar kebiasaan.



Ahmad Shabery berkata, keputusan untuk menyiarkan berita kematian Nik Aziz itu dibuat setelah mengambil kira bahawa orang ramai ingin menontonnya secara langsung.



"Walaupun ada yang marah, tapi kita berani menyiarkannya untuk terus kekal relevan dan akhirnya RTM mendapat pujian di atas tindakan itu," katanya.



Selain itu katanya, peralatan canggih dan terkini sahaja tidak akan dapat memastikan sesebuah organisasi penyiaran itu kekal menjadi pilihan, kerana tahap pemikiran setiap warganya juga perlu ditingkatkan.



Beliau berkata, sesuatu program misalnya tidak semestinya harus mengetengahkan bakat-bakat terkemuka semata-mata, sebaliknya bagaimana kandungan program disampaikan itu lebih penting.



"Tanpa artis atau pelawak terkenal pun, kita boleh menjayakan sesuatu program. Yang penting kita tahu memainkan dan menentukan mood (angin) penonton," katanya.



Turut hadir pada majlis itu Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abu Bakar Abdul Rahim dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad. - Bernama




ayat seribu dinar

http://ift.tt/1xX0rzE



Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.



Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎

‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎

‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎

‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎

‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎

‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

.

.

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎

.

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.



Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎





Pendapat Ulama’

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.





Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.

Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.





Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya.‎ Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.



Amalan

Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju. Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.

.

Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.





Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.

Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.



Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar



‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.

Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.

Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.





Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.

1.Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,

2.Baca ketika hendak tidur tiga kali,

3.Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.




[WTS] Handbag Michael Kors murahhh!


Tolong kwn jual



Beg Michael Kors Devon Navy Blue



Pakai kurang dari 10 kali



Condition Tip top



Harga asal RM1700++



Beli RM1200++



Nak jual RM700 sahaja..tanpa GST



gambar spt di bwh








mardi 31 mars 2015

Kaji menyeluruh kesan radiasi




Struktur ini dipercayai menara pencawang telekomunikasi dipasang berhampiran dengan sebuah sekolah dan kediaman penduduk.



BANDAR KUALA KANGSAR - Rentetan bantahan beberapa pihak termasuk penduduk terhadap pembinaan pencawang telekomunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tampil memberikan penjelasan.



Ketua SKMM Wilayah Utara, Ismail Othman berkata, suruhanjaya tersebut telah menetapkan piawaian tertentu bagi menjamin keselamatan penduduk.



Menurutnya, orang awam dinasihatkan membuat kajian mendalam berhubung kesan radiasi menara pencawang telekomunikasi terhadap kesihatan manusia sebelum membantah pembinaannya.



"Ia berikutan terdapat dakwaan mengatakan struktur itu memberikan kesan buruk kepada kesihatan manusia namun dakwaan tersebut belum dapat dibuktikan secara saintifik.



"Terdapat garis panduan yang ditetapkan dalam pembinaan menara ini, termasuk mestilah berada lingkungan 20 hingga 30 meter daripada kediaman penduduk," katanya.



Tambah Ismail, SKMM juga telah mengehadkan had radiasi yang boleh dipancarkan oleh satu sistem telekomunikasi dan ia tidak membahayakan manusia.



"Kita menetapkan jumlah pancaran yang dikeluarkan perlu mengikut sukatan ditetapkan. Jika melepasi tahap ditetapkan, kita akan mengambil tindakan.



"Setakat ini, segala pencawang yang dipasang mengikut garis panduan ditetapkan. Kita tidak akan membenarkan sekiranya ia melanggar peraturan ditetapkan," katanya dalam sidang media ketika mengadakan sesi dialog bersama penduduk di sini, baru-baru ini.





Pemantauan berkala dilakukan



Tambah Ismail lagi, selain daripada pemantauan yang dilakukan, pihaknya juga membuat sukatan di pencawang yang dibina dan biasanya jumlah radiasi yang dilepaskan tidak melebihi had ditetapkan.



"Kita juga telah melantik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai badan bebas untuk membuat pemantauan berterusan selama dua tahun. Selain itu, kita juga membuat pemantauan secara berkala.



"Kita memandang serius perkara ini dan sekiranya terbukti radiasi daripada pencawang menyebabkan penyakit, SKMM juga tidak akan benarkan pencawang ini dibina," katanya.





Radiasi pencawang tidak berbahaya



Dalam pada itu, Pengarah Pusat Komunikasi Tanpa Wayar, Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM, Tharek Abd Rahman berkata, tiada bukti saintifik mengatakan radiasi dilepaskan pencawang itu mampu menjejaskan kesihatan manusia.



Menurutnya, negara Eropah juga pernah membawa perkara ini ke mahkamah namun mereka tewas kerana gagal memberikan bukti berhubung kewujudan radiasi yang mendatangkan bahaya kepada manusia.



Tambah Tharek, UTM kini mempunyai lima stesen pemantau di seluruh negara yang berfungsi mengkaji dan mengumpul maklumat berkaitan radiasi dilepaskan menara pencawang telekomunikasi.



"Dua di Johor, satu di Kuala Lumpur dan dua lagi di Pulau Pinang. Menariknya, semua stesen ini diletakkan di kawasan tumpuan orang.



"Stesen tersebut akan digunakan untuk memantau kesan radiasi kepada manusia dan adakah ia melepaskan pancaran berbahaya," katanya dalam sidang media sama.



Ujar Tharek lagi, setakat ini tiada lagi kes kematian disebabkan radiasi yang berlaku di Malaysia memandangkan jumlah pancaran yang dikenakan terhadap penduduk tidak tinggi.





Dialog beri penjelasan berkaitan radiasi



Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Shahrom Abd Malik berkata, pihaknya bekerjasama dengan SKMM menganjurkan dialog tersebut bagi memberi penerangan kepada penduduk berhubung kesan radiasi.



Menurutnya, tujuan utama dialog untuk memberi pemahaman dan maklumat tentang persepsi tidak betul yang berlegar dalam kalangan masyarakat.



Tambah Shahrom, inisiatif ini diharap mampu membantu menyelesaikan segala salah faham dan kekurangan maklumat dalam kalangan masyarakat Kuala Kangsar.



"Setakat ini, sebanyak kira-kira 15 permohonan kita tolak dan kebanyakannya disebabkan ia tidak mengikut garis panduan ditetapkan dan juga bantahan daripada penduduk.



"Sedangkan di Kuala Kangsar ini liputan internetnya agak lemah. Kita ada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (Kuisas) namun rangkaian di Chandan Puteri sangat lemah," katanya.



Ujarnya lagi, MPKK perlu memberi pemahaman kepada rakyat dan sehingga kini, sebanyak 107 menara pencawang telekomunikasi telah diluluskan dan dibina di Kuala Kangsar.