Kereta tersebut terjunam kerana melalui jambatan tidak digunakan.
CHICAGO - AMERIKA SYARIKAT. Gara-gara terlalu mengikut arahan pada sistem navigasi satelit (GPS), seorang lelaki cedera manakala isterinya maut selepas kereta yang dipandunya terjunam selepas melalui sebuah jambatan yang tidak digunakan.
Iftikar Hussain, 64, cedera manakala isterinya Zohra Hussain, 51, meninggal dunia selepas kereta yang dinaiki mereka menjunam 37 kaki dari Jambatan Cline Avenue di Indiana dan kemudiannya terbakar.
Menurut seorang penyiasat polis, pemandu itu terlalu memberi tumpuan kepada GPS untuk melihat arah jalan yang perlu dilaluinya.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, Jambatan Cline Avenue telah diletakkan beberapa sekatan-sekatan seperti kon, dan papan tanda "jalan ditutup"
"Malah terdapat penghadang konkrit di seberang jalan yang menunjukkan jalan yang ditutup", katanya dipetik Metro.uk
Iftikar kini stabil dan sedang dirawat di hospital.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire