jeudi 28 mai 2015

Aduan peniaga tamak di laman sosial

KUALA LUMPUR – Aduan pengguna melalui penyebaran resit belian di laman sosial boleh dianggap sebagai satu kaedah membantu pihak berkuasa mengesan peniaga tamak yang cuba me*ngaut keuntungan melampau dan menipu pelanggan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, aduan tersebut perlu a da maklumat dan fakta sahih seperti resit belian bagi memudahkan kementeriannya menjalankan siasatan.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cuma ada 2,045 anggota penguat kuasa dan mustahil untuk kami periksa semua premis perniagaan. Pengguna perlu bantu dedahkan kegiatan mereka.

“Berikan maklumat melalui telefon, khidmat pesanan ringkas, sebar di Internet atau datang ke pejabat kami.




sumber:http://ift.tt/1HisGvL


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire