jeudi 28 mai 2015

Ikan lumba-lumba muncul berenang di Pulau Sembilan


Dua ekor ikan lumba-lumba dilihat berenang dan melompat-lompat di Pulau Sembilan dekat Bagan Datoh pada Ahad lalu.

BAGAN DATOH – Sekumpulan pelancong asing yang melawat Pulau Lalang di Pulau Sembilan dekat sini baru-baru ini dikejutkan dengan fenomena yang jarang berlaku apabila sekumpulan ikan lumba-lumba muncul di perairan pulau itu.

Pengurus Taman Negeri Pulau Sembilan Perbadanan Taman Negara Perak, Iylia Ainuddin berkata, kehadiran ikan lumba-lumba itu berlaku pada Ahad lalu ketika kumpulan pelancong dari China dan Taiwan sedang menaiki bot serta melakukan aktiviti snorkeling.

Menurutnya, terdapat tiga hingga lima kumpulan ikan lumba-lumba di perairan pulau tersebut dengan setiap kumpulan terdiri daripada lima hingga enam ekor.

“Kehadiran ikan lumba-lumba ini agak mengejutkan, namun menggembirakan pelancong yang teruja menyaksikan haiwan ber*kenaan berenang dan melompat-lompat di perairan di situ, malah lebih menarik apabila kumpulan ikan lumba-lumba itu mengekori bot pelancong.

“Pelancong berasa amat bertuah dan teruja kerana dapat melihat ge*lagat ikan lumba-lumba di perairan pulau berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Iylia memberitahu, kehadiran ikan lumba-lumba itu mungkin ada kaitan dengan sumber pemakanan haiwan itu yang dikenali sebagai phytoplankton yang banyak terdapat di perairan pulau tersebut.



sumber:http://ift.tt/1shUIz0


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire