AMPANG - Statistik dikeluarkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) merekodkan sebanyak 70 peratus asnaf tidak mendirikan solat.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, meskipun secara umumnya kerajaan negeri tidak memperoleh statistik secara tepat tetapi dapatan ini cukup tinggi menggambarkan solat itu dipandang remeh.
Inisiatif yang dirangka bagi menyedarkan masyarakat Islam di Selangor yang masih tidak peduli tanggungjawab melaksanakan rukun Islam kedua ini ialah menerusi program Kaabahku Kiblatku.
Hasil perangkaan mencatatkan jumlah masyarakat Islam terutamanya remaja sangat besar mengabaikan solat, katanya ketika sidang selepas merasmikan penutup kursus kepimpinan dan pengurusan ketua kampung di Hotel De Palma di sini, semalam.
Menurut beliau, Jabatan Mufti dan Persatuan Falak Selangor bergabung menyemarakkan program ini dengan bergerak dari rumah ke rumah membantu mencari tanda arah kiblat.
Simbolik penentuan arah kiblat ini juga diselitkan dengan Klinik Fatihah yang merupakan bacaan wajib dalam solat, katanya.
Beliau turut menegaskan praktis kesedaran menerusi pendidikan kepada lelaki beragama Islam di Selangor yang ponteng solat Jumaat.
Sebagai sebuah pentadbiran pendekatan kesedaran kita tekankan kepada aspek pendidikan.
Walaupun Kerajaan Kedah mengguna pakai kaedah tindakan penjara dan denda, di Selangor kita mulakan langkah dengan pendidikan kesedaran tetapi tindakan juga baik, katanya.
Terdahulu Kedah tegas bakal mengimplementasikan kepada umat Islam yang didapati ponteng solat Jumaat selama tiga kali berturut-turut bakal dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga enam bulan dan denda RM1,000.
Notis seperti saman akan dikeluarkan kepada mereka yang didapati bersalah sebelum tangkapan dilakukan.
Ia susulan pelaksanaan Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat.
Sementara itu, dalam isu lain, Ahmad Yunus berkata, beliau tiada halangan sekiranya bekas guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), Ekhsan Bukharee Badrul Hisham, 24, membawa kes penamatan perkhidmatannya ke mahkamah.
Itu hak beliau sebagai seorang insan kalau nak bawa kes ke mahkamah. kerajaan negeri tidak boleh halang, katanya.
sumber:http://ift.tt/1HJQJEf

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire