mardi 26 mai 2015

Avon perkenal haruman Cherish



BERSEMPENA bulan meraikan Hari Ibu, Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd (Avon) memperkenalkan haruman terkini Cherish Eau De Parfum.

Haruman daripada bunga, buah-buahan dan kayu-kayuan unik ini menampilkan nota atas dari lada merah jambu, rasberi dan bergamot segar.

Ia menggambarkan kemewahan Momosa, Peony dan Melur Sambac. Lebih unik, haruman ini turut diinspirasikan daripada bunga yang hanya wujud di kawasan Pasifik Selatan serta kasturi dan cendana.

Avon juga menampilkan pelbagai barangan pada harga berpatutan bermula daripada solekan makeover, haruman menawan, barangan hiasan diri hinggalah ke kelengkapan dapur.


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire