mardi 26 mai 2015

Isi PR1M sambil tunggu ibu di hospital



Shahrul Faizal menunjukkan wang RM1,000 yang dimenanginya.
< 1 / 1 >
TUMPAT - Seorang Perunding Insurans tidak menyangka menang RM1,000 Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M) kerana menyertai peraduan itu ketika menunggu ibunya sakit di hospital.

Shahrul Faizal Yusof, 32, dari Kampung Banggol Petani di sini, mencuba peraduan itu sebanyak 12 kali selepas disyorkan oleh rakan sekerjanya.

Menurutnya, selama dua minggu dia menunggu ibunya, Zariah Omar, 68, sakit di hospital dan dengan masa yang terluang itulah, dia memotong keratan PR1M dan mengeposnya terus kerana sudah berada di bandar.

Menurutnya, ibunya ada menegur dia memotong keratan akhbar di sebelah katilnya tetapi dia hanya menjawab ringkas mencuba nasib masuk peraduan.

“Saya ada berhenti daripada menyertai peraduan ini seketika kerana sibuk kerja tapi sekejap sahaja dan mencubanya semula.

“Alhamdulillah, akhirnya RM1,000 menjadi milik saya juga,” katanya di rumahnya, semalam.

Shahrul Faizal berkata, wang yang diterima itu begitu bermakna sekali kerana tidak lama lagi akan menyambut Aidilfitri.

“Saya akan gunakan untuk membeli baju raya kami sekeluarga,” katanya yang mempunyai seorang anak berusia lima bulan.

Katanya, pada mulanya dia bagaikan tidak percaya apabila pihak Sinar Harian menghubunginya ketika dia sedang menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja.


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire