KOTA KINABALU - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dijangka mengadakan pertemuan dengan penjawat awam yang dikenal pasti mempunyai skor pencapaian di bawah 60 peratus sejak dasar pemisah diperkenal tahun lalu.
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata, pertemuan itu antara lain bertujuan mengenal pasti lebih lanjut sebab dan alasan prestasi penjawat awam terbabit tidak memberangsangkan.
Beliau berkata, pertemuan itu akan diadakan setelah JPA selesai mengumpul maklumat dan mengenal pasti sama ada penjawat awam terbabit berkhidmat di peringkat persekutuan, negeri, pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun.
"Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal akan berjumpa dengan mereka (penjawat awam terbabit) untuk melihat (mengetahui sebab) pencapaian dan prestasi mereka rendah," katanya kepada pemberita selepas program Bicara Perdana Intan (Institut Tadbiran Awam Negara) Sabah, hari ini.
Pada Sabtu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kira-kira 5,000 daripada 1.6 juta penjawat awam dikenal pasti mempunyai skor pencapaian di bawah 60 peratus sejak dasar pemisah diperkenal. - Bernama

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire