MUAR - Gara-gara mempercayai bomoh yang kononnya boleh membuang bala, seorang wanita berusia 60 tahun akhirnya mengalami kerugian yang dianggarkan bernilai RM60,000 apabila ditipu tiga individu dalam satu kejadian Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi di sebuah pasar di Jalan Ali/Arab di sini, mangsa telah didatangi seorang perempuan yang dipercayai warganegara China yang berpura-pura bertanyakan tentang ubat herba.
"Suspek kemudiannya mendakwa mangsa dalam keadaan kurang sihat dan ada hantu yang sedang mengekori mangsa. Tiba-tiba datang seorang lagi suspek perempuan yang juga dipercayai warganegara China yang meminta mangsa bertemu seorang bomoh bagi membuang bala.
Kedua-dua suspek itu kemudiannya telah membawa mangsa bertemu bomoh berkenaan iaitu seorang lelaki yang dipercayai rakyat negara ini di sebuah warung berdekatan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Azman berkata, lelaki yang mendakwa bomoh itu telah meminta mangsa pulang untuk membawa semua barang kemas dan wang tunai bagi upacara membuang bala yang kononnya bagi mengelak hantu itu terus mengganggu diri dan keluarga mangsa. - Bernama

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire