jeudi 28 mai 2015

Kajian semula GST ikut suara rakyat


KUALA LUMPUR 12 MEI 2015 : Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hasan Malek hadir merasmikan 7th KL International Gifts , Premium & Stationery Fair yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra disini hari ini .GAMBAR : NOOR AZLINA JAAFAR PEMBERITA : NAZLINA / EKONOMI UTUSAN ADHAM / AM KOSMO

KUALA LUMPUR 28 Mei - Kajian semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) bakal membincangkan input melibatkan pelbagai kementerian dalam usaha meneliti sebarang kelemahan ke arah menambah baik pelaksanaan cukai tersebut berpandukan suara rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, segala input diterima itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita akan membincangkan kos sara hidup rakyat di mana perbincangan ini akan melibatkan pelbagai kementerian seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan banyak lagi yang terlibat dengan pelaksanaan GST.

“Kajian semula ini bertujuan untuk mencari jalan terbaik dalam menambah baik pelaksanaannya, buat masa ini kita sedang mengumpul segala input sebelum dibentangkan pada mesyuarat seterusnya pada 9 Jun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena majlis Konvokesyen Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Ke-19 di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini hari ini.

Jelasnya, kajian semula itu akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan proses pelaksanaan GST relevan serta menepati hasrat rakyat.

“Kita akan melakukannya berpandukan suara rakyat dan luahan yang diterima termasuk membincangkan tentang caj perkhidmatan, kad prabayar dan tarif utiliti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hasan memberitahu, jumlah aduan yang diterima oleh pihaknya berhubung GST telah menurun daripada 4,641 bagi April berbanding 1,685 aduan sepanjang 1 hingga 26 Mei lalu.

Tambahnya, pihak kementerian juga telah membuat permohonan penambahan anggota seramai 472 orang bagi membantu aktiviti penguatkuasaan yang kini dianggotai oleh 2,045 kakitangan di seluruh negara.


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire