vendredi 29 mai 2015

Nepal hos persidangan penderma bulan depan


Pekerja penyelamat berusaha untuk mencari orang-orang yang terperangkap keluar dari runtuhan rumah-rumah runtuh. - Foto Bernama

KATHMANDU - NEPAL. Nepal akan menjadi tuan rumah persidangan penderma di Kathmandu Jun ini bagi mendapatkan dana untuk pembinaan semula dan pemulihan berikutan gempa bumi kuat yang menggegarkan negara Himalaya itu, pada 25 April lepas.

Gempa bumi itu mengakibatkan lebih 8,600 orang mati dan harta benda bernilai berbilion-bilion ringgit Malaysia rosak teruk.

Walaupun terdapat cadangan daripada beberapa negara untuk menjadi tuan rumah persidangan itu di luar Nepal, Majlis Menteri-menteri Nepal mengambil keputusan untuk mengadakan persidangan itu di ibu negerinya, Kathmandu pada 25 Jun depan.

Menteri Penerangan Dr Minendra Rijal yang juga jurucakap kerajaan berkata: "Persidangan itu akan berusaha untuk mengumpul lebih banyak sokongan dari masyarakat antarabangsa untuk pembinaan semula berikutan gempa bumi kuat dan gempa susulan.

"Ini kerana sumber Nepal sendiri tidak mencukupi (untuk mengharungi keadaan sekarang)," katanya. -Bernama


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire