vendredi 29 mai 2015

Palsu tandatangan KSU untuk dapat pinjaman RM5.7 juta


PUTRAJAYA 29 Mei - Polis sedang mencari Pengarah Rossington Consolidated Sdn. Bhd. (RCSB), Kamar Ismail, 54, bagi membantu siasatan berhubung kes pemalsuan tandatangan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang untuk mendapatkan pinjaman bank bernilai RM5.7 juta.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Mak Pak Chuai berkata, seorang pengadu daripada Kementerian Pendidikan telah membuat laporan polis pada Ogos tahun lalu mengenai pemalsuan tandatangan Zulkurnain pada satu dokumen sokongan yang digunakan untuk mendapatkan pinjaman bank.

“Pengadu membuat laporan terhadap RCSB dan hasil siasatan polis mendapati syarikat ini berjaya memperoleh pinjaman sebanyak RM5.7 juta daripada CIMB Bank melalui dokumen sokongan yang dipalsukan.

“Mengikut perjanjian antara CIMB Bank dengan RCSB, semua pembayaran kerja kontrak oleh Kementerian Pendidikan akan dibayar kepada akaun amanah yang diwujudkan atas persetujuan pengarah-pengarah RCSB dan CIMB Bank,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut Pak Chuai, persetujuan pinjaman itu bagaimanapun dicapai tanpa sebarang pengetahuan daripada Kementerian Pendidikan. - UTUSAN ONLINE


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire