Papan tanda nama Temerloh yang rosak teruk belum dibaiki hampir setahun selepas banjir besar hujung tahun lalu.
TEMERLOH - Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) digesa segera membaik pulih kerosakan pada papan tanda nama Temerloh yang rosak teruk akibat banjir besar hujung tahun lalu.
Sejak dilanda banjir besar yang mula menenggelamkan bandar ini bermula 26 Disember lalu, papan tanda berketinggian tujuh meter itu rosak teruk.
Penduduk, Mohd Amran Shahbudin 43, berkata, papan tanda di Kampung Padang Tenggala itu rosak teruk apabila arus Sungai Pahang menenggelamkan separuh daripada ketinggian papan tanda itu.
Menurutnya, kerosakan itu bagaimanapun tidak dibaiki sehingga hari ini menyebabkan berlaku sedikit kecacatan terutama buat pengunjung dari luar.
"Saya tidak pasti sama ada MPT mahu membiarkan papan tanda itu berkeadaan begitu sebagai satu sejarah kejadian banjir besar atau belum ada peruntukkan untuk baikinya.
"Pada pandangan saya lebih baik dibaik pulih kerana banyak lagi tanda lain yang boleh dirujuk untuk menunjukkan besarnya banjir yang melanda tahun lalu," katanya.
Penduduk, Sabri Mohamad 45, berkata, papan tanda besar tulisan nama Temerloh itu dibina sekitar enam tahun lalu sebagai salah satu tarikan pemandangan dan juga tarikan untuk fotografi.
Menurutnya, ada dalam kalangan rakan dan saudara yang pulang selepas banjir kerap bertanyakan hal yang sama kenapa MPT masih tidak membaiki kerosakan papan tanda itu.
"Kami harap MPT segera baiki salah satu tarikan utama pelancong ke daerah ini yang rosak teruk sejak hampir setahun lalu," katanya.
Source: http://ift.tt/1XnqzwK
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire