dimanche 6 septembre 2015

Draf Perlembagaan baharu Thailand ditolak


Members of the Thai National Reform Council (NRC) meet to vote for the draft of the new constitution at Parliament in Bangkok on September 6, 2015. A junta-appointed reform council rejected a new constitution aimed at steering Thailand out off its political turmoil, a move likely to extend the military's time in power and delay elections. AFP PHOTO / PORNCHAI KITTIWONGSAKUL

BANGKOK 6 Sept. – Krisis politik di Thailand dijangka berlarutan setelah Majlis Reformasi Kebangsaan (NRC) yang dilantik oleh kerajaan junta, menolak draf Perlembagaan baharu, yang bertujuan menyelamatkan negara ini daripada konflik politik, sekali gus melanjutkan tempoh pemerintahan tentera dan berkemungkinan besar menangguhkan pilihan raya umum yang dijadual diadakan tahun depan.

Pengkritik menyifatkan penolakan berkenaan sebagai dasar perpecahan, antidemokrasi dan bermotifkan untuk mengekalkan pengaruh tentera dalam kerajaan.

Penolakan NRC itu juga, menunjukkan proses merangka Perlembagaan terpaksa dilaksanakan semula dan mengundang risiko penangguhan pilihan raya yang sepatutnya dijadual berlangsung pada pertengahan tahun depan.

Pada undian yang diadakan semalam, 135 daripada 240 anggota NRC menolak draf Perlembagaan baharu itu, kata Pengerusi NRC, Tienchai Kiranan.

Kumpulan NRC yang menentang usul tersebut berkata, draf Perlembagaan yang diusulkan itu merupakan cubaan untuk mengekalkan kuasa politik tentera dan akan menghalang usaha mewujudkan demokrasi di peringkat akar umbi.

Seorang anggota NRC, Paiboon Nititawan berkata, ekoran bantahan tersebut, junta mempunyai masa sebulan untuk melantik jawatankuasa baharu bagi menggubal Perlembagaan baharu.

“Jawatankuasa tersebut mempunyai masa sehingga 180 hari untuk menggubal Perlembagaan baharu dan selepas itu perlu menjalani proses pungutan suara di seluruh negara untuk diluluskan.

“Proses ini akan menangguhkan pilihan raya antara enam hingga tujuh bulan,” katanya. – AFP



Source: http://ift.tt/1NWfDmw


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire