dimanche 6 septembre 2015

Thai mohon waran tangkap suspek ke-10




BANGKOK 6 Sept. – Polis Thailand akan mengeluarkan waran tangkap bagi memberkas suspek ke-10 yang didakwa terlibat dalam serangan bom di Kuil Erawan, bulan lalu.

Laman web Bangkok Post melaporkan, sumber terdekat dengan pasukan penyiasat berkata, polis akan memohon kebenaran mahkamah untuk mengeluarkan waran tersebut, esok.

Suspek ke-10 dipercayai menetap bersama suspek pertama serangan bom pada 17 Ogos lalu iaitu Adem Karadag yang telah dihantar ke penjara Min Buri, semalam.

“Kami akan mendapatkan kebenaran untuk mengeluarkan waran pada hari Isnin. Wajah suspek turut telah dilakar,” jelas sumber.

Jurucakap polis, Leftenan Jeneral Prawut Thavornsiri semalam berkata, polis masih belum mengenal pasti nama dan warganegara suspek ke-10 terbabit.



Source: http://ift.tt/1JMzkJD


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire