KUALA TERENGGANU Pasangan yang berkemampuan disaran agar tidak takut untuk mempunyai ramai anak kerana ALLAH SWT telah menetapkan rezeki bagi setiap anak yang dilahirkan.
Imam Besar Masjid Negeri, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, bagi mereka yang berkemampuan, tidak perlu menolak sekiranya dikurniakan rezeki anak kerana tidak semua berpeluang memperoleh rezeki itu.
Ada pasangan yang kahwin bertahun-tahun, tapi masih belum dikurniakan anak. Ada pula yang mudahdapat anak. Itu semua adalah rezeki yang direncanakan ALLAH SWT kepada mereka.
Setiap zuriat telah tertulis rezeki untuknya, jadi tak perlu bimbang untuk mempunyai anak ramai, katanya bagi mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang menyarankan rakyat negeri ini meningkatkan kadar kelahiran kerana populasi penduduk amat rendah berbanding keluasan negeri.
Bagaimanapun, kata Aizi Saidi, lain pula bagi mereka yang tidak berkemampuan, sakit dan sekiranya beranak, ia akan memudaratkan dirinya.
Kita tidak nafikan, bagi mereka yang sakit, tidak berkemampuan untuk mempunyai anak, ada mereka yang mengalaminya.
Jadi, bagi yang mengalami situasi itu, perlu bersabar dan terus berdoa agar ditemukan jalan terbaik, katanya.
Mengulas faktor ekonomi yang menyebabkan pasangan takut untuk mempunyai ramai anak, beliau berkata, ia bukan faktor penghalang .
Dari segi ekonomi, satu sahaja kita perlu ingat, kita tidak tahu rezeki ALLAH SWT macam mana. Sebenarnya Dia telah tetapkan rezeki kita dan jika ada yang takut untuk beranak kerana faktor ekonomi, saya rasa ia telah lari dari konsep asal penciptaan manusia itu sendiri.
Rasulullah SAW sendiri suka kepada umatnya yang ramai. Itu bukti mempunyai ramai zuriat ada 1001 hikmah yang tersembunyi. Kecuali bagi mereka yang sakit, mudarat, tidak berkemampuan dan tidak mampu untuk menguruskan anak katanya.
Menurut Aizi Saidi lagi, jarak dua tahun (susuan) adalah jarak paling ideal bagi setiap anak agar anak mendapat susu dan tumpuan sepenuhnya daripada ibu.
Itu adalah hikmah bagi ibu yang menyusu anak. Tempoh dua tahun yang diberikan adalah untuk mereka memberi tumpuan menyusu anak sepenuhnya, sekali gus menjadi jarak antara dia dan adiknya, katanya.
sumber:http://ift.tt/1OeWUjl

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire