RAHIMAH Rahim mengasingkan sisa pepejal di depan rumahnya di Putrajaya.
Kuala Lumpur: Rata-rata pemilik kediaman menyambut baik langkah kerajaan melakukan pengasingan sisa pepejal secara mandatori di enam negeri selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya bermula 1 September lalu.
Tinjauan Harian Metro di kawasan perumahan sekitar ibu kota mendapati penduduk kota sudah mula melakukan pengasingan sisa pepejal selepas notis pemberitahuan ke setiap kediaman berhubung pelaksanaan sistem berkenaan sudah diedarkan.
Pekerja swasta, Syamilah Zulkifli, 30, berkata, dia menyambut baik langkah kerajaan melakukan pengasingan sisa pepejal secara mandatori untuk mendidik dan mengubah cara hidup masyarakat supaya lebih menghargai alam sekitar.
"Saya sudah mula melakukan pengasingan sisa pepejal dan mendapati ia lebih memudahkan serta sistematik.
"Pengasingan sisa pepejal mengikut kategori plastik, kertas, kadbod, logam, sisa makanan dan kebun ternyata dapat membentuk masyarakat supaya sentiasa membudayakan amalan kitar semula," katanya kepada Harian Metro.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Source: http://ift.tt/1LSHWiK
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire