dimanche 6 septembre 2015

Tiada amaran lagi


AHMAD Zahid memeriksa perbarisan Pemuda UMNO Masjid Tanah.


Alor Gajah: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak tanpa memberi sebarang amaran terhadap mana-mana pihak yang menganjurkan perhimpunan haram yang dianggap mengganggu emosi dan ketenteraman awam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu bukan hanya akan dikenakan kepada penganjur, malah peserta perhimpunan.

"Selepas ini tidak ada lagi amaran, jangan marah polis, atau kerajaan jika dikenakan tindakan sebaliknya marah diri sendiri. Walaupun Akta Perhimpunan Aman mengizinkan, tetapi jika lokasi yang digunakan itu tidak digazetkan (untuk perhimpunan haram), tindakan tegas menanti mereka.

"Betul sukar untuk ambil tindakan pada semua yang mengambil bahagian namun penganjur perhimpunan tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mereka menunjukkan persepsi yang negatif," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah, di Institut Kemahiran Belia Negeri (IKBN) Alor Gajah, Masjid Tanah, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Source: http://ift.tt/1UwaCpa


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire