dimanche 6 septembre 2015

Share/Info [Temuramah] Tan Sri Shamsul x-CEO Petronas

Ini adalah antara pertemuan pertama media dgn Tan Sri Shamsul Azhar Abas, bekas CEO & presiden Petronas setelah beliau menamatkan kontrak kerjanya dengan satu-satunya syarikat gergasi Malaysia yg berada dalam senarai syarikat global Fortune 500.



Beliau telah membawa beberapa perubahan penting tidak kira kecil atau besar (dari segi etika kerja, profesionalisme, projek startegik & sebagainya) sepanjang 5 tahun beliau berada di jawatan tertinggi di Petronas.

Antara perubahan kecil yg boleh dilihat adalah setelah baru-baru beliau memegang jawatan tsb apabila beliau melihat 2 lori besar menghantar pelbagai hamper & hadiah utk kakitangan petronas di menara petronas. Memikirkan untuk terus maju, tahap profesionlisme Petronas juga perlu terus berubah maka sejak dari hari itu polisi “tiada hadiah, sumbangan cenderahati & lain2” terus dilaksana & ditekankan.

Manakala antara pelaburan terbesar Petronas dalam selian beliau adalah pembelian (bernilai USD 5.7bil pada tahun 2012) syarikat Progess Energy Resources dari Kanada.

Berikut adalah skrip teruramah akhbar berbahasa Inggeris TheStar dgn beliau:-

TheStar : Tuan membawa perubahan di dalam Petronas yg tidak diterima baik oleh dunia luar (di Malaysia khasnya). Apakah perubahan2 tsb?

Dunia korporat telah dipolitikkan. Saya masih “merawat luka” saya akibat berjuang untuk “kemerdekaan” syarikat. Petronas adalah penjaga & pemegang aset yg dimiliki oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya perlu berjuang untuk mencegah sebarang penyalahgunaan kuasa. Saya memperkenalkan Laporan Suku Tahunan, melantik pekerja atas dasar meritokrasi & membawa mereka dari sektor swasta yg berpengalaman (bukan pesara kerajaan).


TheStar : Mengambil kira kejatuhan menjunam harga minyak dunia kebelakangan, adakah anda merasakan mungkin lebih baik jika pembelian Progess Energy Resources tempoh hari (2012) ditangguh? Tidakkah ia menjadi beban kepada kewangan Petronas?


Progress Energy mempunyai pemilikan shale gas yg besar tetapi tanpa kapasiti kewangan. Mereka sedang mencari jalan untuk berkembang & kita datang membawa tawaran yg baik kepada mereka. Setelah pembelian dibuat, Petronas membentuk (menjemput dgn tawaran) konsortium pembeli2 (di mana Petronas menjual sebahagian besar saham kepada syarikat minyak & gas contohnya dari India, Brunei & JAPEX, yg mana kebanyakkannya juga mengikat kontrak pembelian gas yg bakal dihasilkan untuk tempoh beberapa tahun atau pembelian mengikut % pemilikan saham) yg mana 80% daripada hasil hydrocarbon molecules telah ada pembeli yg komited (bangunan fizikal belum pun dibangunkan lagi telah ada pembeli!).

Gas adalah masa depan. Petronas telah menjual LNG kepada Jepun selama 25 tahun tanpa sebarang insiden. Jadi kita mempunyai rekod yg baik. Kita ingin menjual gas bukan sahaja kepada pasaran tempatan, malah untuk pasaran dunia.

*minyak shale adalah minyak yg berasal dari sejenis bentuk batu dari tanah, bukan seperti minyak dari dasar laut.



TheStar : Bagaimana pula dengan projek penapisan & pembangunan petrokimia (RAPID) di Johor??

RAPID bukanlah idea yg baru. Apa yg pasti rizab gas Malaysia semakin berkurang. Jadi plan RAPID adalah untuk menambah kepelbagaian sumber bahan asas (iaitu naphta – media perantaraan yg boleh didapati dari sumber selain gas semata-mata cth; tar arang batu, tar tanah dsbg) untuk menghasilkan produk petrochemicals.

Untuk RAPID hidup, ia perlu berada berhampiran dengan Singapura. Ia akan saling melengkapi, bukan bersaing secara terus dengan fasiliti penapisan di Singapura. (mula2nya ramai ingin ia dilaksanakan di Yan, Kedah tetapi terdapat kos tambahan)



TheStar : Pandangan Anda akan harga semasa minyak?

Saya bercakap atas pandangan peribadi, bukan lagi wakil Petronas. Saya jangkakan harga minyak akan berada dalam lingkungan USD45 – 55 (per barrel) dalam 3 atau 4 tahun akan datang. Banyak faktor yg akan mempengaruhi berapa rendah kejatuhan harga minyak dunia antaranya; 1. Ketegasan OPEC (Arab Saudi terutamanya) yg ingin memastikan harga minyak mereka bersaing dgn harga minyak shale (bermakna output minyak perlu dinaikkan dgn sengaja walau permintaan berkurang). 2. Penarikan Sekatan Ekonomi ke atas Iran – bermakna Iran sudah boleh mula menjual semula hasil minyaknya ke pasaran dunia, seterusnya bakal menurunkan lagi harga minyak.

Rizab minyak shale tertinggi/terbanyak setakat ini terdapat di USA.

TheStar : Bagaimana syarikat pembekal/servis industri minyak & gas tempatan akan bertahan?


Hanya mereka yg telah meneroka pasaran antarabangsa akan kekal. Ini kerana mereka telah ada kekuatan minda (bertapak) & economies of scale. Mereka yg mengharap kontrak kerajaan semata, tidak akan hidup. Ini adalah masa yg baik untuk menyingkirkan mereka yg lemah.

*ruangan kumpulan artikel yg sama juga melaporkan Petronas (atau Malaysia) mempunyai sebanyak 4000 syarikat pembekal/servis berdaftar untuk industri minyak & gas, berbanding contohnya Norway (negara yg mempunyai rizab minyak & gas yg hampir sama seperti Malaysia) yg hanya mempunyai 700 syarikat berdaftar.

kompilasi maklumat & terjemahan dari sumber - ‘To bring about change, you must not want the job’
Shamsul on governance


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire