vendredi 1 mai 2015

Dua lelaki ditahan curi hasil dusun


Azman (dua, kanan) menunjukkan durian belanda yang dirampas selepas menahan dua lelaki di Panchor, kelmarin.

MUAR - Misteri kehilangan hasil dusun di kampung sekitar Pagoh dan daerah ini sejak setahun lalu terjawab selepas dua lelaki ditahan di Panchor, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayub berkata, dua suspek terbabit yang aktif mencuri pisang tanduk, durian belanda dan buah-buahan tempatan, ditahan kira-kira jam 5 petang kerana dilihat mencurigakan dalam sebuah kereta.

Menurut Azman, kedua-dua suspek ditahan susulan laporan polis dibuat mangsa mengenai kecurian buah durian belanda yang ditanam di Kampung Seri Makmor.

"Pemeriksaan ke atas suspek berusia 39 dan 27 tahun itu menemukan sebilah pisau buatan sendiri bersaiz kecil, 22 biji durian belanda dan wang tunai RM110.

"Suspek juga mengaku mencuri durian belanda tersebut dari sebuah kebun di kampung berkenaan dan wang tunai itu adalah hasil jualan buah tersebut," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar , di sini semalam.

Katanya, suspek berusia 39 tahun itu juga didapati positif dadah jenis herion berdasarkan ujian air kencing yang dilakukan ke atasnya.

Dalam perkembangan lain, Azman berkata, pihaknya berjaya menurunkan 2,090 keping poster menerusi Ops Banner di kawasan tumpuan menerusi 111 operasi dari awal tahun sehingga kini.

Tambahnya, sepanjang tahun lalu pula, sebanyak 112 operasi dijalankan dengan menurunkan 3,360 keping poster dan kesalahan itu disiasat mengikut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Gadis patah jari tersepit dalam pengadun kek


Gambar hiasan

MIRI - Niat baik seorang pelajar perempuan tahun enam membantu ibunya membuat kuih sempena cuti umum Hari Pekerja hampir menjadi tragedi apabila jarinya termasuk dalam pengadun kek di kediamannya di Jalan Mawar, Piasau Jaya Fasa 2 pada pagi ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh King berkata, bomba mengambil masa 30 saat untuk mengeluarkan salah satu jari Nur Nasha Nabilla Yusuf, 12, yang tersepit dalam pengadun kek dengan menggunakan pemotong bolt.

"Mangsa nak membantu ibu membuat kuih tiba-tiba tertekan suis dan jari termasuk dalam pengadun kek," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata jari mangsa telah patah dan kini sedang mendapat rawatan susulan di Hospital Miri.

Beliau berkata, bomba menerima panggilan pada pukul 10.58 pagi dan sampai ke tempat kejadian pada pukul 11.23 pagi untuk memberi bantuan kepada murid itu. - Bernama


Phoenixbux - phoenixbux.com




Earn $0.005 per click
Earn 50% per referral click
Minimum cashout is $3
Accept PayPal, Payza, Payeer, Skrill
Great referral system
Upgrade plans
Bonuses and prices
Experienced team
Fast professional support
Balanced and secure platform
Innovative ideas

What new next week:
+ Start referral contest May.2015
+ Improve design
+ Create more and better banners

What new next month:
+ Add Payeer and Skrill payment processors
+ Integrate more languages
+ Add PhoenixGrid


FREE UPGRADE FOR FIRST 2000 MEMBERS!

phoenixbux.com uses legal EvolutionScript license!


Free registration, thank you:

PHOENIXBUX - Welcome to Phoenixbux!




Selera Johor di MS Beriani Foodtruck




Fenomena penjualan makanan dari atas trak (food truck) yang popular di Barat, semakin berkembang di negara ini sejak beberapa tahun lalu dengan menampilkan pelbagai jenis menu dan hidangan yang menyelerakan.

Tidak hanya menghidangkan variasi menu yang lazat, ada di antara pemilik makanan atas trak itu mempersembahkan hidangan makanan bertaraf lima bintang dengan harga sangat berpatutan.

Lazimnya, makanan atas trak lebih sinonim dengan makanan Barat seperti penyediaan sandwic, cheesesteak, pasta, makaroni dan hotdog panggang yang sering dinikmati dengan jus buah-buahan.

Pun begitu, Mesti Sedap Beriani Food Truck (MS Beriani Foodtruck) membawa gaya berbeza apabila mengetengahkan makanan asli dari negeri Johor seperti nasi beriani kambing, nasi beriani ayam, kacang pool, laksa Johor dan mi rebus.

Jika anda fikir sukar untuk mencari atau menikmati hidangan itu selain di restoran, mungkin persepsi itu berubah apabila singgah dan mencuba makanan yang disajikan di MS Beriani Foodtruck yang ketika ini hanya bergerak di sekitar Shah Alam, Selangor.

Menariknya, biarpun menghidangkan menu yang rumit di atas trak, pelanggan berpuas hati apabila makanan yang ditawarkan bukan sahaja enak, malah dibungkus kemas, menarik serta mudah untuk dinikmati di mana-mana.

Perniagaan yang diusahakan tiga beradik, Mohd. Kamaruddin Md. Salleh, 31, Mohd. Hafizzudin, 29, dan Mohd. Nizamuddin, 25, sejak tahun lalu itu, bertujuan 'menggerakkan' makanan asli Johor.

Mereka mahu mempopularkan hidangan tradisional itu kepada komuniti perniagaan atas trak terutamanya kepada golongan muda.

Lazimnya, makanan tradisional lebih sinonim dengan air tangan orang tua, namun uniknya di MS Beriani Foodtruck, tukang masak yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan menu berkenaan adalah seorang anak muda.

Ujar Mohd. Nizamuddin, dia perlu menyediakan sebanyak 50 kilogram beras, 30 kilogram daging kambing dan 30 kilogram daging ayam sehari untuk masakan beriani.

Selain itu, 15 kilogram daging cincang diperlukan untuk kacang pool, manakala laksa Johor dan mi rebus masing-masing 30 bungkus bagi memenuhi permintaan pelanggan setiap hari.

Tambahnya, hidangan dimasak setiap hari seawal pukul 8 pagi dengan menggunakan bahan-bahan segar bagi menghasilkan hidangan yang enak, berkualiti serta menepati lidah penggemar masakan asli Johor.

"Selain hidangan beriani, menu kacang pool merupakan antara yang paling digemari pelanggan kerana sukar didapati selain di Johor. Kacang pool MS Beriani Foodtruck menggunakan kacang parang dan kacang pool, daging cincang yang berkualiti, serta rempah-ratus yang digiling sendiri.

"Bagi memastikan hidangan kacang pool terbaik, telur mata serta roti benggali hanya disediakan apabila pelanggan membuat tempahan, jadi, mereka boleh menikmatinya panas-panas.

"Nasi beriani pula kita gunakan beras Pakistan kerana kualitinya lebih baik dan enak dimakan berbanding beras basmathi biasa. Kita akan tumis bahan-bahan rempah untuk tempoh lama agar rasanya sebati, sebab itu makan nasi sahaja tanpa lauk pun sudah sedap," jelasnya.

Sementara itu, menurut Mohd. Kamaruddin, pengalaman keluarganya yang menguruskan katering makanan asli Johor sejak 10 tahun lalu, membantu mereka menguruskan perniagaan makanan atas trak dengan lebih mudah.

Katanya, memang tidak mudah untuk menguruskan hidangan asli di atas trak kerana faktor ruang yang sempit dan terhad, apatah lagi banyak peralatan dan bahan makanan yang perlu disediakan, selain melibatkan makanan yang berkuah.

"Selain itu, kita juga perlu memastikan makanan itu segar dan tidak basi sepanjang hari kerana apabila melibatkan hidangan asli pastinya penggunaan nasi, santan serta rempah ratus memerlukan penyediaan yang lebih rapi.

"Jika tidak, makanan yang dihidangkan hilang kesegarannya serta tidak berkualiti dengar harga yang ditawarkan," katanya.

Terdapat lima jenis hidangan dengan harga berpatutan ditawarkan MS Beriani Foodtruck, iaitu nasi beriani kambing (RM12), nasi beriani ayam (RM10), laksa Johor (RM6), mi rebus (RM5), kacang pool (RM6).

Menurut Mohd. Kamaruddin, ketika ini, MS Beriani Foodtruck hanya beroperasi di dua lokasi iaitu di Masjid Hidayah, Seksyen 18, pada setiap hari Jumaat, manakala di Seksyen 9 pada hari Isnin sehingga Khamis.

Pun begitu, MS Beriani Foodtruck merancang untuk bergerak luar dari Shah Alam sebelum hujung tahun ini apabila sebuah lagi trak akan ditambah bagi memenuhi permintaan pelanggan di luar kawasan itu.

Istimewanya, beberapa menu baharu akan diperkenalkan antaranya hotdog cheese pool dan bandung soda bagi memberi pilihan kepada pelanggan.

"Kita memang dalam perancangan untuk menambah jumlah trak pada masa depan. Bagi mereka yang ingin mengetahui lokasi trak kami pada setiap hari Sabtu dan Ahad boleh melayari Instagram kerana lazimnya hujung minggu kami akan mengikuti aktiviti-aktiviti di kawasan tumpuan pengunjung," katanya.

Selain beroperasi secara atas trak bermula pukul 11 pagi hingga 6 petang, MS Beriani Foodtruck juga menerima tempahan katering untuk majlis keramaian seperti kenduri kahwin, sambutan hari lahir serta perjumpaan alumni.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari di Instagram ms_foodtruck atau Facebook msberianifoodtruck atau menghubungi di talian 014-232 8521.


Pemandu lori ditembak lelaki bermotosikal di Pulau Tikus



Georgetown: Seorang pemandu lori ditembak dua lelaki bermotosikal di hadapan Persiaran Midlands, Pulau Tikus, pagi tadi.

Dalam kejadian 3.20 pagi itu, lelaki berusia 28 tahun terbabit sedang memandu lori seorang diri.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ketika kejadian mangsa dihampiri dua lelaki yang tidak dikenali dan melepaskan beberapa tembakan.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan di tangan kiri, peha kanan dan kiri akibat terkena tembakan itu.

"Mangsa dalam keadaan stabil dan kita masih menyiasat punca kejadian," katanya pada sidang media di sini.


- See more at: http://ift.tt/1bktQIV


Polis cedera pecah cermin selamatkan pemandu dalam kereta terbakar


AL Alif (gambar kecil) cedera selepas memecahkan cermin untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan terbakar. FOTO ihsan Polis

Kuala Lumpur: Seorang anggota polis cedera apabila bertindak nekad memecahkan cermin kereta bahagian pemandu untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan terbakar di Kilometer 5.5 timur Lebuhraya Sprint, 5.45 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, anggota polis yang cedera, Lans Koperal Al Alif Al Dan bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bertindak berani selepas menyaksikan mangsa terperangkap dalam kebakaran apabila kereta yang dipandu mangsa terbabas sebelum melanggar tembok lebuh raya.

"Ekoran kejadian itu Al Alif mengalami kecederaan calar dan luka kecil di kedua belah tangannya," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Zainuddin berkata, anggotanya kini sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala pemandu kereta, lelaki berusia 39 tahun hanya mengalami cedera ringan.

Menurutnya, sebelum kejadian Al Alif bersama seorang lagi anggota polis sedang melakukan tugasan rondaan di kawasan perumahan Medang Tanduk Bangsar, di sini, sebelum menyaksikan insiden terbabit.


- See more at: http://ift.tt/1bktTo3



jeudi 30 avril 2015

Mangsa bah raya di rumah baharu


Rumah hasil bantuan Pas Kedah untuk mangsa bah di Kelantan.

ALOR SETAR - Enam keluarga terpilih yang hilang tempat tinggal akibat rumah mereka musnah dalam kejadian banjir besar di Kelantan, Disember lalu, bakal meraikan sambutan Aidilfitri di rumah baharu, yang kini dalam pembinaan.

Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad berkata, enam rumah terbabit merupakan sumbangan Pas Kedah yang melancarkan Tabung Pembangunan Pasca Banjir, bagi membantu mangsa terlibat.

"Untuk fasa pertama ini, dibina enam rumah, sehingga kita berjaya capai sasaran membina 15 rumah, yang setiap satunya bernilai RM40,000," katanya.

Menurutnya, sebagai permulaan, tiga rumah dibina di Gua Musang manakala tiga lagi di Kuala Krai.

"Kerja-kerja pembinaan sudah bermula sejak sebulan lalu, kita jangkakan dapat disiapkan menjelang Aidilfitri ini. Ini merupakan hadiah kepada rakyat Kelantan yang kehilangan harta benda dalam musibah itu," katanya.

Musoddak berkata, setiap 15 Pas kawasan akan menyumbang dana RM40,000, di mana kutipan dana dibuat secara berterusan.

"Apabila jumlah kutipan mencukupi, kita bina sedikit demi sedikit. Setakat ini, empat kawasan sudah menyalurkan dana, iaitu Pas kawasan Pokok Sena, Merbok, Padang Serai, Sungai Petani dan Kuala Kedah," katanya.

Menurutnya, Pas akan meneruskan kutipan dana tersebut sehingga mampu menyiapkan 15 rumah seperti yang dijanjikan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir terlibat.

Banjir besar melanda Kelantan Disember lalu adalah antara yang terburuk dalam sejarah negara, di mana kemusnahan akibat banjir itu dianggarkan hampir 1 bilion.