dimanche 28 septembre 2014

ada tak yg minat nak bahan pencuci JENAMA SENDIRI! WHATSAPP 0162370791





INGIN JENAMA SENDIRI?

ADA MODAL TAPI TAK TAU NAK JUAL APA?

KAMI MENAWARKAN SABUN PELBAGAI BAHAN PENCUCI DARI KILANG!!YG BERMINAT TERUS WHATSAPP KAMI 0162370791





Pernah terfikir untuk mempunyai produk jenama anda di pasaran? ?










Muhyiddin, isteri berlepas ke Tanah Suci tunaikan haji.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berlepas ke Arab Saudi hari ini untuk mengerjakan ibadat haji.



Pesawat komersial membawa Muhyiddin yang disertai isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta anggota keluarga mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada kira-kira 3.30 petang.



Ia merupakan penerbangan terus Kuala Lumpur-Jeddah, menurut kenyataan Pejabat TPM.



Muhyiddin dijangka kembali ke tanah air pada 10 Oktober.



Beliau sebelum ini dilaporkan berkata pemergiannya ke tanah suci bagi mengerjakan haji ialah untuk menunaikan nazarnya sempena kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya umum lepas.



http://ift.tt/YxKLBs




samedi 27 septembre 2014

Jiwa kacau tak jumpa mayat





Van mayat ini menjadi sumber rezeki kepada Syuhizam selama tujuh tahun bekerja sebagai pemandu van mayat.

< 1 / 1 >

BILA lama tidak angkat mayat, hati saya jadi tak menentu,” demikian cerita Pemandu Van Mayat Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Koperal Syuhizam Mohamad Idris, 40.



Dia yang sudah tujuh tahun bergelumang dengan mayat mangsa kemalangan maut mengakui sudah hilang rasa takut atau gerun.



“Bila tak angkat mayat, jiwa saya kacau macam benda itu memanggil-manggil saya.



“Saya jadi tak keruan dan tertanya-tanya bila masa lagi saya akan jumpa mayat,” katanya.



Beliau yang bertugas sebagai polis selama 20 tahun ditugaskan membawa van mayat sejak tujuh tahun lalu.



Pada awalnya, dia enggan bergelar pemandu van mayat berikutan perasaan takut dan bimbang.



“Pertama kali tengok mayat, perasaan bercampur baur datang termasuk takut dan seram.



“Lama-lama saya jadi seronok dan puas bila bantu orang angkat mayat,” katanya yang turut bertugas sebagai Penyelia Sistem di bahagian Trafik IPD Klang Selatan.



Bagaimanapun minat Syuhizam terpadam apabila dia diarahkan bertugas di bahagian lain.



Kerana minat, dia sanggup merayu pada ketuanya agar membenarkan dia membawa van mayat semula.



Diganggu badi mayat



Berkenaan gangguan, Syuhizam berkata, selama dia bekerja hanya empat bulan lepas benda-benda ghaib ini mengganggu keluarganya.



“Selepas angkat dan hantar mayat ke bilik mayat, saya balik ke rumah.



“Sebaik lihat saya, anak angkat saya yang berusia setahun mula menangis, macam takut untuk pandang muka saya.



“Alhamdulillah selepas berubat, anak saya kembali pulih,” katanya.



Berkenaan kejadian ngeri yang tidak dapat dilupakannya, dia berkata, kejadian itu berlaku di Bukit Raja apabila seorang lelaki hancur digilis sebuah lori kontena.



“Dia hancur dari kaki sampai ke kepala hingga kami semua menitis air mata tengok mayat itu.



“Bagaimanapun kejadian lain tidak banyak bezanya melibatkan putus kaki, tangan dan macam-macam lagi,” katanya.



Tambah pengetahuan



Suami kepada Sarjan Norhashikin Kamarudin, 38, dan bapa kepada tiga anak iaitu, Putra Aidil Najmi, 15, Putry Anis Sofea, 13 dan Putry Syafinaz Balqis, sembilan tahun, berkata, sejak bergelumang dengan mayat hampir saban hari, dia mula menambah pengetahuan berkenaan pengurusan jenazah termasuk cara memandikan mayat dan solat jenazah.



“Perasaan itu terpanggil apatah lagi rasa insaf itu datang dengan sendiri tatkala lihat mayat yang mati dalam pelbagai keadaan,” katanya.



Walaupun hampir saban hari bergelumang dengan mayat katanya, beberapa perkara perlu diberi perhatian bagi mengelak gangguan.



“Pertama, niat di hati sebab nak bantu mayat itu tak kira sama ada Islam mahupun bukan Islam.



“Jangan tengok kepala sebaliknya pandang dari kaki perlahan-lahan sambil berselawat.



“Kita juga dilarang meludah di kawasan lokasi kejadian kemalangan atau berhampiran mayat sebab perbuatan itu dianggap tidak sopan,” katanya.



Selain itu, jangan sekali-kali menegur atau memperkatakan tentang ketidaksempurnaan mayat kerana ia jelas mengutuk ciptaan Allah.



“Apa yang kita lakukan mestilah diiringi dengan kejujuran.



“Jangan sesekali mengeluh kerana ia adalah tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH,” katanya.





sumber:http://ift.tt/1nojX2u




320 pemandu terlepas saman.

Petaling Jaya: Seramai 320 pemandu kenderaan yang wajar dikenakan saman atas kesalahan menggunakan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi ‘bernasib baik’ apabila dilepaskan dengan amaran oleh Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor.





Semua mereka ditahan dalam operasi Ops Pengarah yang diadakan di Plaza Tol PJS1, Taman Datuk Harun di sini, semalam.





Dalam operasi bermula jam 8 malam itu, sebanyak 670 kenderaan ditahan untuk pemeriksaan manakala 239 pemandu diambil tindakan.



Bagaimanapun, sebahagian daripada 320 pemilik kenderaan ditahan menarik nafas lega selepas dibebaskan tanpa dikenakan saman atas kesalahan menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.





Pengarah JPJ Selangor V Valluvan Veloo berkata, pihaknya memberi peluang terakhir kepada 235 pemandu motosikal dan 85 pemandu kereta yang melakukan kesalahan itu.





“Meskipun tindakan saman boleh dikenakan namun pemilik kenderaan hanya diberikan penerangan berhubung spesifikasi ditetapkan JPJ untuk nombor pendaftaran.



“Anggota JPJ turut mencatat nombor kenderaan itu sebelum pemiliknya dibenarkan meninggalkan lokasi sekatan jalan raya diadakan,” katanya.





Menurutnya, penerangan dan peluang itu hanya diberikan hingga 1 November depan sebelum tindakan memberi saman dilakukan JPJ.



“Operasi akan dijalankan di seluruh negara dan tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu kenderaan yang masih berdegil untuk menggunakan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi,” katanya.





Dalam operasi berakhir jam 2 pagi semalam, dua lelaki termasuk salah seorang wartawan akhbar ditahan atas kesalahan menggunakan motosikal curi.





“Kedua dua lelaki berusia 20-an itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.





“Kami mengeluarkan 190 saman, 43 notis atas kesalahan teknikal. Manakala enam kenderaan termasuk dua teksi disita dalam operasi kali ini,” katanya.




PBB : Rosmah kongsi 5 strategi utk perkasa wanita

26 September 2014







NEW YORK, 26 Sept - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata pemerkasaan wanita perlu diiringi dengan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan perkhidmatan kesihatan sepanjang kitaran kehidupan mereka.



Beliau berkata, perlu ada komitmen kepada kesamaan gender di dalam semua aspek politik, ekonomi dan kehidupan sosio-budaya supaya kaum wanita mempunyai akses kepada peluang dan hasil yang sama.



"Kerajaan Malaysia telah memberi lebih penekanan kepada pembangunan wanita melalui akses kepada pendidikan berkualiti, perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih baik termasuk perkhidmatan kesihatan kesuburan," katanya pada persidangan wanita pertama untuk tindakan global mengenai kesihatan kewangan wanita dan kanak-kanak perempuan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini hari ini.



Persidangan itu diadakan sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu pada Khamis (Jumaat di Malaysia).



Katanya, lebih 95 peratus daripada penduduk luar bandar menikmati kemudahan perubatan di Malaysia.



Jelasnya, kesemua lapan sasaran ditetapkan Sasaran Pembangunan Milenium 2010 telah dicapai oleh Malaysia termasuk pendidikan rendah sejagat, pengurangan kadar kematian kanak-kanak, kesamaan gender dan kesihatan kesuburan.



Dalam menarik perhatian terhadap strategi kerajaan untuk pemerkasaan ekonomi wanita, beliau menggariskan lima polisi dan strategi yang diambil kerajaan iaitu : -



1. Menyediakan pekerjaan yang menjana pendapatan untuk mereka termasuk menarik pelaburan syarikat pembuatan di kawasan luar bandar.



2. Memastikan penduduk luar bandar termasuk wanita memiliki tanah, sebagai contoh membuka skim tanah dan menempatkan semula penduduk miskin luar bandar untuk memajukan ladang getah dan kelapa sawit.



3. Memberikan pendidikan dan latihan untuk wanita mendapatkan pekerjaan berpendapatan tinggi selain menggalakkan keusahawanan.



4. Memberikan akses kepada modal terutamanya kemudahan kredit mikro.



5. Menyediakan kemudahan yang akan menghubungkan pembangunan luar bandar kepada kemajuan di bandar.




Malaysia berhasrat sertai program pengecualian visa dalam 18 bulan - Zahid

NEW YORK: Malaysia berhasrat menyertai program pengecualian visa Amerika Syarikat dalam tempoh 18 bulan akan datang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Beliau berkata program itu akan membolehkan rakyat Malaysia memasuki Amerika Syarikat tanpa memohon untuk mendapatkan visa dan membolehkan mereka tinggal di negara itu bagi tempoh maksimum 90 hari untuk tujuan pelancongan atau perniagaan.



Setakat ini, 37 negara telah menyertai program itu termasuk negara-negara jiran iaitu Singapura dan Brunei, katanya kepada wartawan Malaysia di sini pada Sabtu (Ahad di Malaysia).



Ahmad Zahid berkata program itu dibincangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Barack Obama semasa pemimpin Amerika itu melawat Malaysia, April lalu.



Beliau berkata Malaysia memperbaiki pelbagai senarai semak termasuk menguatkuasakan langkah-langkah ketat seperti rakyat Malaysia yang kehilangan pasport mereka perlu melaporkannya dalam tempoh 24 jam.



Ahmad Zahid berkata program itu akan dapat meningkatkan lagi aliran pelabur, pelancong dan pelajar dari Malaysia ke Amerika, dan pemeriksaan keselamatan boleh dilakukan di Malaysia sebelum rakyat Malaysia memasuki Amerika.



Beliau juga berkata Malaysia akan mengubah keseluruhan sistem pemeriksaan keselamatan sempadan dalam usaha mengadakan pemeriksaan ketat termasuk mengesan mereka yang berada di dalam senarai suspek.



Ahmad Zahid juga berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Jeh Johnson di Washington D.C pada Ahad.



Beliau juga berkata Malaysia dan Amerika Syarikat telah meningkatkan kerjasama mereka dalam memerangi keganasan.



Ahmad Zahid berkata beliau berbincang dengan para pegawai kanan unit memerangi keganasan di sini berhubung aspek undang-undang dan operasi bagi menangani isu berhubung dakwaan bahawa Malaysia menjadi tempat latihan bagi pengganas rakyat Malaysia berjuang di Syria dan Iraq.



“Kami juga bertukar-tukar maklumat mengenai pembabitan rakyat Malaysia yang disyaki menjadi pengganas dan pengganas asing yang dikatakan menggunakan Malaysia sebagai pusat transit sebelum ke negara-negara lain," kata Ahmad Zahid.



Beliau juga mengesahkan bahawa 34 rakyat Malaysia telah menyertai kumpulan yang digelar Negara-negara Islam (IS) di Syria dan Yemen.



Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata Malaysia berusaha ke arah meningkatkan status Tahap 3 kepada Tahap 2 dalam menangani isu pemerdagangan orang.



Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai pemerdagangan orang bagi tahun 2014 yang dikeluarkan pada 20 Jun lalu meletakkan Malaysia di Tahap 3 berbanding Senarai Pemerhatian Tahap 2 sebelum ini.



http://ift.tt/1t6waVQ




Penyangkut baju (wall maunted)

Salam

Subject: Penyangkut baju (wall maunted)



Condition: New

Price: 200 RM Siap pasang

Area: Seri Kembangan



-Penyangkut baju buatan itali

-Sangat kualiti. Boleh ditarik mengikut kehendak sendiri.Menjimatkan ruang

-Saiz, Lebar 6 kaki,panjang bila ditarik 3 kaki..

-Warranty 2 tahun

-Harga siap pasang RM200

-Area selangor dan KL



Beminat : Call Dan Wasup ejan 012-3994692




Attached Images





File Type: jpg IMG-20140928-WA0005 (1).jpg (76.6 KB)