samedi 27 septembre 2014

320 pemandu terlepas saman.

Petaling Jaya: Seramai 320 pemandu kenderaan yang wajar dikenakan saman atas kesalahan menggunakan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi ‘bernasib baik’ apabila dilepaskan dengan amaran oleh Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor.





Semua mereka ditahan dalam operasi Ops Pengarah yang diadakan di Plaza Tol PJS1, Taman Datuk Harun di sini, semalam.





Dalam operasi bermula jam 8 malam itu, sebanyak 670 kenderaan ditahan untuk pemeriksaan manakala 239 pemandu diambil tindakan.



Bagaimanapun, sebahagian daripada 320 pemilik kenderaan ditahan menarik nafas lega selepas dibebaskan tanpa dikenakan saman atas kesalahan menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.





Pengarah JPJ Selangor V Valluvan Veloo berkata, pihaknya memberi peluang terakhir kepada 235 pemandu motosikal dan 85 pemandu kereta yang melakukan kesalahan itu.





“Meskipun tindakan saman boleh dikenakan namun pemilik kenderaan hanya diberikan penerangan berhubung spesifikasi ditetapkan JPJ untuk nombor pendaftaran.



“Anggota JPJ turut mencatat nombor kenderaan itu sebelum pemiliknya dibenarkan meninggalkan lokasi sekatan jalan raya diadakan,” katanya.





Menurutnya, penerangan dan peluang itu hanya diberikan hingga 1 November depan sebelum tindakan memberi saman dilakukan JPJ.



“Operasi akan dijalankan di seluruh negara dan tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu kenderaan yang masih berdegil untuk menggunakan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi,” katanya.





Dalam operasi berakhir jam 2 pagi semalam, dua lelaki termasuk salah seorang wartawan akhbar ditahan atas kesalahan menggunakan motosikal curi.





“Kedua dua lelaki berusia 20-an itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.





“Kami mengeluarkan 190 saman, 43 notis atas kesalahan teknikal. Manakala enam kenderaan termasuk dua teksi disita dalam operasi kali ini,” katanya.




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire