vendredi 27 février 2015

Khazanah terbit sukuk sosial RM1b

LONDON: Khazanah Nasional Bhd bercadang menerbitkan sukuk bernilai hingga RM1 bilion (AS$279.17 juta) bagi membantu membiayai sekolah-sekolah, kata Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar.



Bercakap kepada Reuters pada acara sampingan di persidangan kewangan Islam di London malam tadi, Azman berkata cadangan sukuk yang memberikan impak sosial itu sedang menunggu kelulusan pihak berkuasa.



Langkah itu bertujuan membuka pembiayaan bagi pendidikan kepada pelabur meluas dan bukannya membiayai menggunakan rizab sendiri, katanya.



"Matlamat sebenar kami bukan menjana dana. Kami boleh membiayainya sendiri. Ia bertujuan membukanya kepada pihak lain," katanya sambil menambah kelulusan daripada pihak berkuasa dijangka dalam dua bulan akan datang.



Azman berkata, 'banyak pertubuhan amal, pejabat-pejabat keluarga dan badan amanah' mahu mengambil bahagian dalam menjana dana dan ini mendorong Khazanah menerbitkan sukuk berkenaan dan bukannya menggunakan wangnya sendiri.



Khazanah pada Januari lalu mengumumkan bahawa pada 2014 ia mencatat peningkatan 7.7 peratus dalam nilai asetnya, yang termasuk kepentingan dalam beberapa syarikat senaraian awam terbesar Malaysia, antaranya Axiata Group dan UEM Sunrise. - Reuters




Jerit Wujudkan Petisyen `Online’ Bantah GST





KUALA LUMPUR – Gerakan propembangkang, Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) mewujudkan petisyen dalam talian bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April ini.



Penyelaras media Jerit, M.Nalani mendakwa, petisyen itu kononnya untuk orang ramai menunjukkan bantahan terhadap pelaksanaan GST
.



“GST akan diimplementasikan di seluruh negara pada 1 April 2015. Hanya tinggal 30 hari lagi rakyat akan dibebankan dengan Cukai ini.



“Cukai ini akan mengurangkan taraf hidup rakyat Malaysia kerana kuasa membeli akan berkurangan,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.



Nalani seterusnya mendakwa, GST akan menyebabkan kadar inflasi meningkat berikutan kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan.



Beliau turut mendakwa, hanya golongan kaya dan korporat sahaja akan mendapat faedah daripada Cukai GST. – mynewshub.cc




Double Storey Terrace House at Bandar Tasik Puteri for Sale

Rumah 2 tingkat, 4 bilik, 3 bilik air, kitchen kabinet, dapur dah renovated dan extend maksimum, rumah dan bilik air confirm bersih dan dlm keadaan baik, berdekatan surau di jalan hijau 11/8, Bandar Tasik Puteri, Rawang - RM220,000.00 (Harga boleh dirunding)







Tomok dapat anak lelaki kedua

KUALA LUMPUR: Isteri Tomok, Siti Rahayu Abas selamat melahirkan bayi lelaki yang juga anak kedua hasil perkongsian hidup mereka pada jam 1.34 tengah hari tadi.



Bayi seberat 3.33 kilogram itu dimaklumkan Tomok sendiri dilahirkan secara normal di Pusat Perubatan Prince Court.



Tomok memaklumkan berita gembira itu beberapa minit lalu di laman Instagram miliknya.



"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan anak kami.



Insya-Allah saya akan kongsi gambar anak esok," kata papa kepada Arrianshah Akid itu. Tomok dan Siti Rahayu berkahwin pada 1 Julai 2011 di Dewan AU2, Keramat.







http://ift.tt/1vF5cfA




Alasan tak nak pergi sekolah







Attached Images





File Type: jpg Untitled.jpg (46.8 KB)






jeudi 26 février 2015

No cantik Celcom(southern)

slm semua warga cg. sye nk tolong member, clear kan stok sim kad dia...siapa berminat blh wasap saya :-0197707111

semua no dibawah hanya RM150(include pos laju/COD area jb)

tQ ... :">



0197839111

0197489111

0137354111

0137587111

0137586111

0197956333

0197982444

0137967444

0137561555

0197243555

0137164666

0197245666

0197453666

0197624666

0197462777

0197066665

0197565550




Apple Watch mungkin dilancar 9 Mac ini





NEW YORK: Apple Inc menghantar jemputan media untuk satu acara pada 9 Mac ini tetapi tidak menyatakan butiran majlis.



Jemputan misteri itu sekali gus membuatkan ramai terfikir ia adalah pelancaran Apple Watch yang sudah diperkenalkan kepada umum September tahun lalu. Ketika itu, Apple membayangkan jam pintar itu akan dilancarkan pada April tahun ini.




Tertera pada kad jemputan adalah 'Cepatkan Jam' merujuk kepada perubahan masa yang mana menjelang musim bunga, waktu di Amerika Syarikat akan dipercepatkan sejam dan tahun ini ia akan bermula 8 Mac ini.



Mengikut Apple, acara itu akan bermula jam 10 pagi di Yerba Buena Center, San Francisco.



Apple Watch adalah peranti baharu pertama syarikat itu sejak memperkenalkan iPad pada 2010, sekali gus ia juga adalah yang pertama di bawah Ketua Pegawai Eksekutif sekarang, Tim Cook.



Apple sebelum ini membayangkan harga model asas jam pintar itu akan bermula dari AS$349 (RM1,260) di Amerika Syarikat. Jam pintar itu akan ditawarkan dalam dua saiz menerusi tiga koleksi keluaran termasuk 'Edisi Apple Watch' yang menampilkan kemasan emas kuning atau merah 18-karat, dengan kaca nilam serta padanan gelang jam yang sangat menarik.



Pemerhati berpendapat potensi pertumbuhan produk sebegitu sangat besar berikutan minat terhadap peranti komputer boleh dipakai yang semakin mendapat perhatian pengguna dewasa ini.



Apple Watch ditampilkan dengan skrin sesentuh segi empat tepat, dengan pelbagai pengimbas termasuk untuk mengesan nadi dan ciri kesihatan lain serta perlu dipadankan dengan iPhone untuk beroperasi dengan optimum.



Dalam pada itu, Morgan Stanley mengunjurkan Apple akan meraih jualan AS$8.1 bilion (RM29.2 bilion) pada tahun kewangan 2015 termasuk AS$1.35 bilion (RM4.9 bilion) pada suku berakhir Mac ini, manakala RBC Capital Markets pula membuat unjuran konservatif Apple akan meraih AS$6.5 bilion (RM25.3 bilion) termasuk daripada jualan 20 juta Apple Watch pada tahun kewangan semasa.



Pada seminar anjuran Goldman Sachs Group Inc awal bulan ini, Cook menjelaskan fungsi jam pintar Apple Watch, terutama untuk menjejak tahap aktiviti penggunanya.



"Jika saya duduk terlalu lama, jam itu akan bergegar dan mengingatkan saya untuk bangun dan bergerak kerana ramai doktor percaya duduk adalah satu kanser pada zaman baharu.



"Ini akan membuatkan anda terfikir, ..bolehkah saya hidup tanpa Apple Watch," kata Cook. - Bloomberg