vendredi 27 février 2015

Khazanah terbit sukuk sosial RM1b

LONDON: Khazanah Nasional Bhd bercadang menerbitkan sukuk bernilai hingga RM1 bilion (AS$279.17 juta) bagi membantu membiayai sekolah-sekolah, kata Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar.



Bercakap kepada Reuters pada acara sampingan di persidangan kewangan Islam di London malam tadi, Azman berkata cadangan sukuk yang memberikan impak sosial itu sedang menunggu kelulusan pihak berkuasa.



Langkah itu bertujuan membuka pembiayaan bagi pendidikan kepada pelabur meluas dan bukannya membiayai menggunakan rizab sendiri, katanya.



"Matlamat sebenar kami bukan menjana dana. Kami boleh membiayainya sendiri. Ia bertujuan membukanya kepada pihak lain," katanya sambil menambah kelulusan daripada pihak berkuasa dijangka dalam dua bulan akan datang.



Azman berkata, 'banyak pertubuhan amal, pejabat-pejabat keluarga dan badan amanah' mahu mengambil bahagian dalam menjana dana dan ini mendorong Khazanah menerbitkan sukuk berkenaan dan bukannya menggunakan wangnya sendiri.



Khazanah pada Januari lalu mengumumkan bahawa pada 2014 ia mencatat peningkatan 7.7 peratus dalam nilai asetnya, yang termasuk kepentingan dalam beberapa syarikat senaraian awam terbesar Malaysia, antaranya Axiata Group dan UEM Sunrise. - Reuters




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire