vendredi 27 février 2015

Tomok dapat anak lelaki kedua

KUALA LUMPUR: Isteri Tomok, Siti Rahayu Abas selamat melahirkan bayi lelaki yang juga anak kedua hasil perkongsian hidup mereka pada jam 1.34 tengah hari tadi.



Bayi seberat 3.33 kilogram itu dimaklumkan Tomok sendiri dilahirkan secara normal di Pusat Perubatan Prince Court.



Tomok memaklumkan berita gembira itu beberapa minit lalu di laman Instagram miliknya.



"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan anak kami.



Insya-Allah saya akan kongsi gambar anak esok," kata papa kepada Arrianshah Akid itu. Tomok dan Siti Rahayu berkahwin pada 1 Julai 2011 di Dewan AU2, Keramat.







http://ift.tt/1vF5cfA




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire