dimanche 29 mars 2015

Ask/Help Estima hilang area Bukit Mertajam

MPV ni milik jiran aku...pagi tadi turun nak hantar anak pi sekolah ..tup2 kosong ajer kotak parking tu



Warna = HITAM



PLAT NO = PJL7474



Nama owner = Nazli



H/P no = 019-4489659



mohon kerjasama dari warga CG...terima kasih




(WTS) PS4 with camera

Assalamualaikum warga CG



Saya nak jual PS4 + camera + DS4 + 4 Games yang dah saya main.



Item yang nak di jual adalah:-

  1. PS4 with camera

  2. Dualshock 4 wireless controller urban camouflage

  3. Need For Speed Rival (Used)

  4. FIFA 15 (Used)

  5. PES2015 (Used)

  6. Disney Infinity 2.0 (Used)


Sebab jual, urgent nak guna duit untuk bayar bill Hospital anak perempuan saya.



Baru guna 2 bulan++



Harga : RM 1,800.00 (nego till let go)



COD sahaja (Shah Alam - Puchong - Cyberjaya - Putrajaya)



Berminat boleh call/whatapps 019-3161438



Harap ada yang sudi membantu saya



TQ




Attached Images

















File Type: jpg image1.JPG (75.6 KB)
File Type: jpg image2.JPG (105.2 KB)
File Type: jpg image3.JPG (111.7 KB)
File Type: jpg image4.JPG (102.2 KB)






'Kalau tak naik harga, kami tersepit'





Siti Noor Marliana sibuk melayan pelanggan di gerai pisang gorengnya.

< 1 / 1 >

SHAH ALAM - Pelaksanaan GST membimbangkan golongan peniaga terutama penjaja makanan yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.



Peniaga makanan dan lauk-pauk, Nasita Khamis, 49, berkata, walaupun kebanyakan barangan basah terkecuali daripada GST, dia yakin masih banyak lagi barangan keperluan memasak yang dikenakan caj itu menyebabkan kos bahan mentah turut meningkat.



"Memang barang basah seperti ayam, daging dan ikan tak kena GST, macam mana pula dengan yang lain-lain? Dalam banyak-banyak barang keperluan lain, pasti ada yang dikenakan GST seperti sos cili, sos tomato.



"Sebab GST kami terbeban. Nak naikkan harga makanan nanti yang dijual pula tak laku. Kalau tak naikkan, kita pula tersepit. Macam mana nak berniaga, silap-silap nanti tutup gerai. Harga yang kita letak sekarang ini pun ada yang merungut mahal, sedangkan itu harga paling minimum.



"Susah bagi kami yang berniaga kecil-kecilan ini, barang basah memang ada harga tetap, tapi ikan, sayur, daging pun ikut harga pasaran, risau juga lepas kena GST nanti makin mahal," katanya kepada Sinar Harian.



Sementara itu, peniaga pisang goreng, Siti Noor Marliana Suhaimi, 19, berkata, dia sudah merasai tekanan dengan kenaikan harga barangan walaupun GST belum dilaksanakan.



"Pada saya, negara kita belum lagi capai taraf negara maju, gaji rakyat tak setaraf dengan negara maju. Jadi kenapa mesti ada GST sedangkan ramai lagi rakyat susah? Nampak sangat kerajaan tidak hirau beban rakyat.



"Kami cari duit dengan meniaga sebab susah, bila ada GST makin terbebanlah kami. Penerangan GST pun tak semua faham, macam mana kerajaan yakin nak buat GST?" katanya.



Peniaga ayam madu, Zulkifli Mat Nawi, 39, pula berkemungkinan akan mengurangkan sedikit kuantiti jualannya selepas GST dilaksanakan.



"Barangan keperluan untuk berniaga pasti naik. Walaupun bahan utama berniaga saya iaitu ayam tak kena GST, tapi barangan lain pasti ada yang kena.



"Sekarang ini pun ada pelanggan dah tanya selepas ini harga jualan naik ke tidak. Saya tak akan naikkan tapi mungkin akan kurangkan kuantiti. Contohnya jika sebelum ini pedal ayam madu saya letak lima ketul secucuk, tetapi lepas GST mungkin kita kurangkan empat saja," katanya.





sumber:http://ift.tt/1Id8XKy




Tak sangka kena caj perkhidmatan





Antara pengunjung yang datang ke Pantai Teluk Tongkang, semalam.

< 1 / 1 >

KUANTAN - Pengunjung Pantai Teluk Tongkang, Teluk Cempedak dekat sini terkejut apabila mereka dikenakan caj perkhidmatan untuk berkelah kerana tidak pernah dimaklumkan secara terbuka kepada orang ramai.



Adun Teruntum, Sim Chong Siang berkata, dia menerima panggilan daripada pengunjung terbabit yang datang ke pantai berkenaan bersama beberapa ahli keluarga untuk berkelah.



Menurutnya, mereka dikenakan bayaran sebanyak RM5 sehingga RM30 kepada kumpulan yang mahu berkelah atau mengadakan jamuan BBQ.



“Saya pun terkejut kerana sebelum ini pantai berkenaan di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan tiada maklumat rasmi dimaklumkan,” katanya kepada media di sini, semalam.



Beliau berkata, caj perkhidmatan itu dikenakan kepada pengunjung sejak tiga bulan lalu namun sehingga semalam, beliau tidak pernah menerima aduan berkaitan perkara itu.



Justeru, beliau berharap, MPK akan memaklumkan perkara itu kepada orang ramai supaya mereka bersedia dan jelas mengenai bayaran perkhidmatan yang dikenakan.



“Ramai yang tidak tahu dan mereka tertanya-tanya dengan bayaran berkenaan dan kenapa perlu dikenakan bayaran kepada pengunjung yang mahu berkelah di pantai ini,” katanya.



Sementara itu, penjaga kawasan berkenaan yang dikenali sebagai Rafael berkata, dia sudah tiga bulan menjalankan tugas berkenaan.



Menurutnya, bayaran itu dikenakan kerana caj perkhidmatan termasuk keselamatan dan kemudahan yang disediakan.



“Kami bantu pengunjung bermasalah selain menyediakan tempat BBQ dan perkhidmatan tandas,” katanya.



Rafael berkata, tugasan memantau akan diberikan kepada pekerja bagi memastikan persekitaran bersih dan selesa untuk kemudahan pengunjung.







sumber:http://ift.tt/1DiTdI1




dokumen

sebarang masalah dokumen boleh hubungi sy. Akademik, pinjaman, apa saja. mungkin boleh setelkan.



bellestarrz@yahoo.com




Kambing biri-biri tersangkut di tebing gunung diselamatkan



GAMBAR dalam bulatan menunjukkan seorang penyelamat menangkap kambing tersebut untuk dibawa turun. - AGENSI



SNOWDONIA, Britain – Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seekor kambing biri-biri yang tersangkut di tebing gunung pada ketinggian 45 meter di Llanberis di sini baru-baru ini.



Dua orang penyelamat dari Persatuan Diraja bagi Perlindungan Haiwan (RSPCA) menuruni permukaan berbatu itu menggunakan tali keselamatan dan memasukkan kambing tersebut di dalam sebuah beg.



Ketua pasukan bertali RSPCA, Chris Dunbar berkata, mereka terpaksa berhati-hati ketika proses menyelamat kerana permukaan gunung yang curam berisiko membawa kecelakaan.



“Kedua-dua anggota penyelamat terpaksa menuruni gunung tersebut dengan tali keselamatan sebelum berjaya menangkap kambing itu untuk dibawa turun,” ujar salah seorang wakil RSPCA, Mark Roberts.



Dia menambah, kambing biri-biri itu yang kelihatan penat dan haus terus makan dengan laju apabila diberi makanan dan minuman selepas diselamatkan. – Agensi




Peroleh kontrak RM500j






Abbyamir (dua, kanan) bertukar dokumen perjanjian dengan Abdul Mohsen sambil diperhati Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Zulkifli Mahmud di Kuala Lumpur, semalam.





SYARIKAT perisian keselamatan internet tempatan, 1Machine System Sdn Bhd (1Machine) menandatangani perjanjian kontrak pengedaran bernilai RM500 juta dengan Al Rifai Corporation (Al Rifai) dari Kuwait.



Ketua Pegawai Eksekutif 1Machine, Abbyamir Sapie berkata, perjanjian kontrak tersebut bertujuan meluaskan pasaran 1Machine ke Kuwait serta Wilayah Asia Barat dan Afrika Barat (Mena) dalam tempoh 15 tahun.



“Melalui kerjasama ini 1Machine akan memanfaatkan jaringan dengan Al Rifai untuk mengembangkan dan mengukuhkan kehadiran produk kami, Perisai di Kuwait serta Wilayah Mena.

“Jadi sebagai permulaan kami akan membekalkan tiga jenis produk keselamatan internet yang lebih dikenali sebagai antivirus bagi perlindungan untuk individu, profesional dan perniagaan melalui Al Rifai,” katanya selepas majlis menandatangani kontrak perjanjian tersebut di Kuala Lumpur, semalam.



Menurut Abbyamir, buat masa ini, 1Machine mempunyai 50,000 pengguna produk Perisai dan melalui kerjasama dengan Al Rifai syarikatnya berharap ia akan bertambah.



“Saya menjangkakan pertumbuhan pengguna Perisai akan meningkat antara 300 hingga 400 peratus dari jumlah yang kami ada sekarang bagi tahun pertama.



“Saya yakin akan berlaku peningkatan secara berperingkat bagi jumlah pengguna kami memandangkan Al Rifai akan menembusi sektor kerajaan, swasta, komersial dan peruncitan di Kuwait dan diikuti Wilayah Mena bagi memasarkan Perisai,” katanya.



Sementara itu, Pengerusi Al Rifai, Abdul Mohsen M Al Sayed berkata, Wilayah Mina dan negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi sebanyak 8.1 peratus setiap tahun.



“Ia merupakan pasaran yang berkembang dan melalui pasaran GCC kita boleh membawa produk tersebut ke Wilayah Mena kerana produk Malaysia merupakan produk yang berkualiti tinggi,” katanya.