Cerpen Hari Kemerdekaan ke 57 31 Ogos 2014
Tajuk : Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta.
Dupp!!! Bunyi pintu Proton Exora ditutup. Sempat aku memandang jam tangan. Pukul 7.30 pagi. Dalam hati berkata, waktu puncak sekarang ni. Dari Semenyih ke Putrajaya memang jalan raya sesak teruk.
Kunci kereta dipulas. Enjin dihidupkan. Tanpa menunggu enjin warm up aku terus menolak tuil gear ke status R. Kereta diundurkan keluar dari garaj rumah.
Matahari kelihatan telah naik sejengkal dari paras padang permainan di depan rumah ku. Menandakan hari telah semakin siang. Aku telah semakin lewat untuk ke pejabat.
Biasanya aku akan keluar rumah selepas solat subuh sekitar 6.30 pagi. Tapi hari ini aku kesiangan. Subuh pun aku syahid. Maklumlah malam tadi malam Jumaat. Jadi beribadat malam sepenuhnya bersama isteri ku. Sampai tidur pun terlampau lena.
Sedar-sedar isteri dan anak ku telah keluar dari rumah. Menjalanani rutin seharian. Isteri ku mengajar di sekolah di Kajang Anak ku pula dihantar ke taska tahfiz sebelah sekolah isteri ku.
Aku pula bertugas di pejabat kerajaan di Putrajaya. Sambil memandu aku membetulkan tanda nama di poket baju kemeja ku. M. Rahmat. Nama penuh ku Mohd Rahmat bin Ab Latif. Sengaja aku letakkan singkatan M. Rahmat. Seakan-akan nama artis, M. Nasir atau M. Sharif.
Kereta yang aku pandu kini tiba di persimpangan. Aku memberhentikan kereta kerana lampu isyarat merah. Merah tanda berhenti. Iklan di radio selalu mengingatkan.
Punat on pada radio kereta aku tekan. Stesen radio pilihan ku adalah Radio Bernama 24. 93.9 megaherz frekuensi radio itu.
Seperti yang kita semua maklum, tema Hari Kemerdekaan negara kita yang ke 57 pada tahun ini ialah Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta. Suara penyampai Radio Bernama 24 kedengaran.
Aku terus menajamkan pendengaran sambil butang volume radio aku naikkan ke paras lebih tinggi.
Bersama kita di konti radio ketika ini adalah pencipta lagu tema hari kebangsaan ini iaitu Cik Sharon Paul dan penyanyi yang menyanyikan lagu itu iaitu Bob Yusof atau dikenali dulu Bob Mesra. Liriknya dicipta oleh Ahmad Fedtri Yahya. Penyampai Radio Bernama 24 memperkenalkan tetamunya di konti radio.
Lampu isyarat bertukar hijau. Aku menolak tuil gear ke status D dan terus memandu di Jalan Semenyih menuju ke Putrajaya. Sambil mendengar celoteh penyampai radio bersama tetamunya, fikiran aku tertarik dengan topik yang diutarakan dalam radio ini.
Merdeka. Aku baru perasan Hari Kemerdekaan Malaysia akan disambut pada hari Ahad ini. 31 Ogos 2014. Hati ku berkata, kalau dah Cuti Merdeka hari Ahad. Jadi hari Isnin pasti cuti. Hari ini Jumaat. Aku baru tahu Isnin depan cuti. Nasib baik tahu pagi ni. Kalau tidak, mahu hari Isnin aku datang kerja melopong sorang-sorang.
Namun bagi aku, cuti bukan perkara utama dalam isu Hari Kemerdekaan ini. Aku bermonolog, Apa yang telah aku sumbangkan kepada Malaysia bagi mengisi kemerdekaan tanahair ku ini? Yang dulu dipanggil Tanah Melayu.
Aku bukan ahli pasukan keselamatan atau pasukan beruniform yang berkhidmat di perbatasan mempertahankan tanah air Malaysia ini. Aku hanya kakitangan kerajaan yang berkhidmat untuk negara. Aku kerani je pun. Kerja aku dengan pen biru, pen hitam, pen merah dan pensel.
Pen biru dan pen hitam aku guna untuk menulis dan tandatangan atau merekod surat-surat yang masuk ke jabatan aku. Pen merah pula aku guna untuk rekod surat-surat yang keluar dari jabatan aku. Pensel pula, aku guna untuk tulis semua benda yang aku tak pasti. Jadi aku boleh padam balik lepas tu. Hahahaha. Nama pun keje gomen. Memang warna pen memainkan peranan penting.
Aduh! Jem giler! Aku mengetuk stering kereta dengan tapak tangan kerana kereta di depan ku berbaris panjang. Dari depan Tesco Semenyih nak menuju ke pekan Semenyih, pesta lampu brek. Semua merah. Sesak. Mau 40 minit nak lepaskan kesesakan ni.
Semua tingkap kereta aku turunkan. Sekotak nusantara aku keluarkan dari poket baju. Aku ambil sebatang. Letak di bibir ku. Api lighter aku nyalakan. Pembakaran rokok nusantara bermula. Asap itu aku telan seketika. Aku keluarkan kembali melalui hidung. Macam dragon dalam filem. Tapi aku keluarkan asap putih je bukan api. Kalau api dah terbakar paru-paru aku.
Tiba-tiba aku teringat rangkap-rangkap puisi ciptaan Tun Dr. Mahathir Mohammad yang antaranya menyebut, Kerana mengisi kemerdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya....
Mendalam maksud yang Tun cuba sampaikan. Tapi hanya segelintir yang mengerti dan cuba memahami.
Aku kembali memikirkan persoalan yang bermain di minda ku tadi. Apa yang telah aku sumbangkan kepada Malaysia bagi mengisi kemerdekaan tanahair ku ini?
Tiba-tiba kenangan silam menerjah ke dalam fikiran ku tatkala mata aku memandang lampu brek kereta-kereta di hadapan.
_________________________________
Aku pernah berkhidmat dengan Cawangan Khas, Bukit Aman. Polis Diraja Malaysia. PDRM. Sebagai kakitangan awam. Atau lebih tepat sebagai ejen. Walaupun ramai tidak mengetahui hal ini termasuk saudara-mara ku. Namun aku bangga kerana dapat memainkan peranan dalam menjaga hal keselamatan negara. Walaupun hanya untuk tempoh singkat.
Namun dalam tempoh singkat itu, aku telah melalui pelbagai pengalaman pahit dan manis bersama PDRM. Need to know basis atau asas untuk mengetahui menjadi pegangan kami sebagai warga Cawangan Khas.
Aku masih teringat lagi ucapan yang aku buat dihadapan kakitangan dan pegawai Cawangan Khas sewaktu tamat kursus orientasi bagi ejen-ejen Cawangan Khas yang baru dilatih ketika itu.
Ketika itu aku bertugas dalam Unit Pengambilan Cawangan Khas atau dikenali dengan nama Team-R. R untuk Recruitment. Keje aku dan pegawai-pegawai aku adalah memilih rakyat Malaysia yang mempunyai bakat-bakat terbaik untuk diserapkan sebagai ejen Cawangan Khas. Lebih kurang filem Hollywood tajuk The Recruit lakonan Al-Pacino dan Colin Farrell.
Satu majlis penutup kursus latihan khas untuk ejen Cawangan Khas telah diadakan. Aku sebagai wakil urusetia Unit Pengambilan diberi tanggungjawab untuk memberikan ucapan penutup.
Walaupun kita semua gembira kerana telah tamat kursus orientasi ini dengan penuh jaya, namun kita pasti bersedih apabila selepas ini kita tidak akan bersua lagi. Setelah diterapkan ke dalam unit masing-masing. Yang mana kita tahu, mereka yang memakai tag nama warna hitam akan amat kita rindui. Kata-kata aku sebagai wakil Team-R di depan rostrum.
Mereka yang pasti tidak akan kita jumpa lagi selepas ini adalah code name John, Ninja, Master, Sizuka dan Oshin. Mereka ini adalah tulang belakang kepada Cawangan Khas dalam mengumpulkan maklumat risikan. Mereka sedia berkorban jiwa dan raga dalam mempertahankan keamanan tanahair tercinta kita. Untuk itu saya sebagai wakil Urusetia Unit Pengambilan Cawangan Khas mengucapkan terima kasih kepada mereka. Kita pasti tidak akan berjumpa selepas ini. Walaupun bersua muka di mana-mana. Kita pasti tidak akan bertegur sapa. Kerana demi tugas dan negara. Kata-kata ku itu disambut dengan senyap sunyi oleh audien. Sesekali terdengar suara kecil teresak, mengesat air mata. Sedih.
Ini kerana dalam kursus tersebut, 5 nama ejen yang aku sebutkan di atas adalah ejen ground yang memakai tag nama warna hitam. John merupakan seorang pelumba motorsikal kuasa tinggi dan anak orang kaya. Dia dipilih kerana skill berlumbanya. Ninja pula merupakan seorang rakyat Malaysia yang mempunyai darah keturunan Jepun. Kebolehan Ninja bertutur dalam 5 bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Jepun, Cina dan Korea. Dia juga menguasai ilmu pertahanan diri iaitu Judo, Taekwando dan Wusyu.
Master pula seorang yang pakar dalam bidang I.T. Boleh memecahkan segala sistem firewall hebat di dunia. Dia juga mempunyai ilmu persilatan melayu jurus tertinggi setaraf mahaguru. Sizuka dan Oshin merupakan dua anak gadis cantik dan menggoda. Tampak liar dan seksi namun boleh digunakan untuk mengaburi niat dan tujuan bagi mendapatkan maklumat. Sesuai untuk covert ejen atau covert operation.
Kesemua mereka ini telah disaring dengan teliti. Soal siasat dan semakan dengan rekod jenayah menunjukkan mereka bersih daripada segala jenayah. Saringan urine test membuktikan mereka bersih daripada penyalahgunaan dadah. Juga ujian Poligraf dilakukan terhadap mereka menunjukkan kesemuanya jujur dan boleh dipercayai. Mereka ini dipilih Team-R bagi tujuan risikan keselamatan negara.
Need to know basis menjadi falsafah Cawangan Khas dan menjadi pengangan kami. Maksudnya, kami tidak boleh mengambil tahu hal kerja orang lain, waima satu pejabat tapi berlainan unit. Kami hanya perlu tahu kerja kami sahaja.
Ejen yang memakai tag nama warna latar Hitam merupakan ejen ground yang akan dihantar ke mana-mana tugasan rahsia. Kami tidak akan berjumpa mereka lagi selepas tamat latihan ini. Walaupun sesama pegawai dan ejen-ejen lain, semua perhubungan akan diputuskan.
Jika terserempak dengan mereka sekalipun di kedai makan atau di tepi jalan, kami diajar untuk mengangkat kening mata sahaja tanda kenal. Sebab kemungkinan ketika itu, mereka yang bertugas sebagai ejen ground ini sedang menjalankan tugas risikan.
Ejen-ejen ini akan dihantar bertugas di seluruh Malaysia bagi memantau segala hal terutamanya yang berkaitan keamanan negara dan yang boleh menggugat keharmonian kaum.
Besar pengorbanan yang dilakukan oleh ejen ground ini. Semuanya dilakukan atas dasar cinta kepada negara. Bagi ku, mereka lah patriot sejati.
Ini kerana baju yang mereka pakai sepanjang hidupnya selepas dilantik sebagai ejen, tidak boleh berwarna terang seperti merah, hijau atau oren. Mereka telah diasuh untuk memakai baju berwarna gelap seperti hitam dan kelabu sahaja. Ini bagi tujuan penyamaran dan penjejakan suspek dalam tugasan.
Sehingga pada satu ketika, aku ditugaskan untuk menemubual seorang ejen ground yang mahu berhenti sebagai ejen Cawangan Khas. Menjadi tugas aku untuk menyiasat sebab apa mereka ingin berhenti. Bagi menjamin kerahsiaan negara.
______________________________________
Ketika itu jam lebih kurang 4.30 petang. Aku ditemani Sarjan Misran yang bertindak sebagai pemandu kereta jabatan. Nama saja kereta jabatan tapi kereta ini adalah Proton Waja yang tiada apa-apa lambang jabatan.
Aku lebih awal telah menghubungi handphone Jebat. Jebat adalah 'code name'. Dia merupakan ejen ground yang ingin berhenti sebagai ejen Cawangan Khas. Jebat menyuruh aku menunggunya di kedai makan Pak Usop di simpang tiga. Berdekatan kilang Bata di Klang ini.
Setibanya di kedai itu, aku terus berjabat tangan dengan Jebat apabila dia berdiri menghulur tangan. Sebenarnya aku tak tahu bagaimana rupa Jebat ini. Nasib baik dia yang berdiri memperkenalkan diri dan mula menghulur tangan. Maklumlah, ejen ground memang semua orang tidak kenal. Termasuklah Sarjan Misran. Orang lama dalam Cawangan Khas ini.
Sihat tuan? Tanya Jebat kepada ku sebaik sahaja kami duduk di meja dalam kedai makan Pak Usop ini.
Eh, saya bukan tuan. Saya staff biasa je. Panggil saya En. Mat je. Jelas ku.
Hehehe. Kita order air dulu.Sampuk Sarjan Misran.
Setelah meminta 3 cawan kopi o panas. Aku memulakan tugas temubual ku.
Apa cite Jebat? Nak berhenti ni? Dengan sopan aku bertanya.
Bukan apa En. Mat. Saya ni sebenarnya dah tak tahan macam ni. Kerja teruk. Memang la tugas kita. Demi negara. Tapi bila saya tengok anak bini saya. Sedih pulak saya. Jebat memulakan cerita.
Kenapa anak bini kamu? Tanya aku. Sarjan Misran hanya mendengar perbualan kami tanpa bersuara apa-apa.
Macam ni En. Mat. Saya kerja ni dah dekat 15 tahun. Tapi sepanjang 15 tahun tu. Baju raya saya, hanya Cokelat gelap, Hitam, Kelabu dan warna-warna gelap yang lain. Itu bukan masalah utama, tapi kadang-kadang teringin jugak nak pakai warna hijau terang. Oren. Merah. Tapi yelah tugas macam saya ni. Mana boleh warna tu semua. Jelas Jebat.
3 cawan kopi o yang dipesan pun telah siap dan dihidang di depan kami. Perbualan terhenti seketika. Sarjan Misran terlebih dulu menghirup kopi o panas ini.
Tapi itu bukan masalah saya nak berhenti ni En. Mat. Jen. Jebat memanggil Jen untuk Sarjan Misran.
Abis tu? Tanya Sarjan Misran.
Ni pasal ekonomi. Yelah gaji saya macam ni berapa sen je En. Mat. Jen. Kopi o dihirup sikit oleh Jebat. Kembali sambung, Gaji saya sekarang sekitar RM2,500 je termasuk dengan elaun out station semua. Anak saya 4 orang En. Mat.
Aku mula memahami Jebat dan mengangguk kepala tanda faham.
Jebat meneruskan, Saya fikir balik kadang-kadang saya menggadai nyawa kejar suspek. Naik motor. Celah lori-lori treller. Dah macam cerita Tom Cruise dalam Mission Imposible pulak. Tapi gaji saya tak macam Tom Cruise pun. Kedengaran macam lucu. Tapi aku membatalkan hasrat untuk senyum. Kerana ini kisah sebenar dari mulut Jebat. Hanya dia yang mengetahui bahaya tugasnya.
Jadi dengan gaji RM2,500 sebulan. Nak tanggung anak-anak. Nak belanja dua dapur lagi. Satu dapur di rumah. Satu lagi dapur waktu tinggal rumah operasi. Memang tak cukup la En. Mat. Kata Jebat memberikan sebab musabab dia nak berhenti sebagai ejen.
Jadi kamu nak berhenti ni pasal pendapatan yang rendah la ye? Tanya aku untuk kepastian.
Sebenarnya En. Mat. Saya sanggup gadaikan nyawa saya demi negara dengan keje begini. Buktinya dah 15 tahun saya setia dengan pasukan kita. Tapi bila tengok anak semakin membesar. Kos hidup makin meningkat. Pendapatan saya semakin tak mencukupi. Harap En. Mat dan Sarjan dapat faham situasi saya ini. Jebat menguatkan alasannya.
Kamu nak berhenti ni, kamu dah ade keje lain nak buat ke? Ada offer ke? Tanya aku kembali.
Itu sebab saya nak berhenti ni En. Mat. Kalau takde keje, saya pun tak nak berhenti. Ni pasal ada syarikat kargo kat Klang ni nak offer saya sebagai Pegawai Escort untuk lori-lori kontena mereka. Produk mereka bawa semua barang yang bernilai jutaan Ringgit Malaysia.Jelas Jebat.
Berapa mereka offer kamu?
Lebih kurang RM6,000 sebulan.
Em. Kalau begitu. Memang tinggi la tawaran gaji yang ditawarkan berbanding apa yang kami berikan. Aku menganguk kepala berulang kali. Memikirkan berkali ganda gaji yang ditawarkan syarikat itu.
Tapi saya nak pihak atasan faham En. Mat. Saya nak berhenti bukan sebab duit semata-mata. Kesetiaan saya tetap tinggi bersama pasukan kita. Sepanjang masa saya ingat sumpah janji saya. Tapi kesempitan hidup sebab kos yang meningkat buat saya kena ambik tawaran ini. Bersungguh-sungguh Jebat menyampaikan alasan kukuhnya.
Tak apalah. Saya pun faham. Anak ramai. Gaji kita memang tahap macam ni je. Kita pulak terikat dengan Skim Gaji Perkhidmatan Awam. Jadi memang gaji kita ikut tangga gaji kerajaan. Saya nak offer balas dengan tawaran lagi tinggi pula, bukan kuasa saya. Semua terserah pihak atas pasukan kita. Aku cuba memahamkan Jebat berkaitan sekatan gaji.
Faham En. Mat.
Kalau dah begitu. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada kamu Jebat. Yang banyak berkorban selama ini demi negara kita. Sabar dengan gaji yang rendah. Sabar dengan pakaian warna gelap. Dan pelbagai masalah dan dugaan. Sanggup berkorban mengejar suspek tanpa mempedulikan nyawa. Semua demi negara kita. Saya sebagai wakil Team-R mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kamu. Kata-kata aku kepada Jebat sebagai menghargai jasanya.
Aku menghirup sedikit kopi o aku yang kini telah menjadi suam. Kemudian aku bangun berjabat salam dengan Jebat. Begitu juga Sarjan Misran.
Sebelum kami bergerak ke kereta, Jebat sempat berkata, En. Mat. Kalau pasukan perlukan bantuan saya. Bila-bila masa. 24 jam saya sedia berkhidmat. Demi negara. Aku angguk. Tanda setuju.
Putung rokok aku campakkan. Dalam aku berkhayal tadi, rupanya kini aku perasan, aku hampir tiba di Pekan Semenyih. Niat aku, lepas je stesen minyak depan ni, aku nak masuk simpang kiri terus ke Highway Lekas.
Kedengaran lagu Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad, bertajuk Warisan sedang dimainkan di Radio Bernama 24. Aku cuba menghayati bait-bait lirik lagu itu.
Di sini lahirnya sebuah cinta, yang murni abadi sejati. Di sini tersemai cita-cita, bercambah menjadi warisan. Andai ku terbuang tak diterima, andai aku disingkirkan. Ke mana harus kubawakan, ke mana harus kusemaikan, cinta ini. Betapa di bumi ku melangkah, ke utara selatan timur dan barat, kujejaki. Aku bukanlah seorang perwira, gagah menghunus senjata, namun hati rela berjuang, walau dengan cara sendiri, demi cinta ini. Ku ingin kotakan seribu janji, sepanjang kedewasaan ini. Ku ingin sampaikan pesanan, akulah penyambung warisan. Lirik-lirik lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad.
Selepas seluruh lagu itu aku hayati hingga tamat, aku kini semakin sedar. Apa yang telah aku lakukan dalam mengisi kemerdekaan tanahair ini.
Bagi aku, menyediakan ejen-ejen terlatih sepanjang berkhidmat dengan Cawangan Khas dulu menjadi jawapannya. Aku telah mengisi kemerdekaan ini dengan menjamin kesinambungan keamananan negara.
Bagi ejen-ejen yang telah Team-R recruit, mereka mempunyai tugasan dan tanggungjawab mereka sendiri. Namun aku pasti setiap ejen yang diambil itu sanggup menggadaikan nyawa mereka demi kesejahteraan dan keamanan negara.
Walaupun ada seorang dua yang ditarik syarikat swasta kerana faktor gaji. Namun mereka masih berminat untuk berkhidmat demi negara bila-bila masa dipanggil.
Aku tersenyum mengenangkan kisah sewaktu berkhidmat dengan Cawangan Khas Bukit Aman dulu. Di situ, waktu itu, aku mengenal erti menjaga keamanan negara bukan semudah yang disangka. Ramai ejen yang terlibat memantau segala hal di seluruh Malaysia 24 jam sehari.
Semuanya kerana, Malaysia. Di sini lahirnya sebuah cinta. Cinta kepada negara. Cinta kepada keamanan dan keharmonian kaum yang kita nikmati hari ini. Cinta kepada kemakmuran ekonomi yang kita kecapi.
Tuil signal kiri aku tolak ke bawah. Menandakan aku mahu belok ke simpang kiri. Menuju ke Highway Lekas. Terus ke pejabat di Putrajaya.
-Tamat-
Cerpen oleh :-
masterzaki@gmail.com
31 Ogos 2014.
Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire