mardi 26 août 2014

Khalid Samad Kena Ludah

Ketika mahu meninggalkan kompleks mahkamah selepas diikat dijamin, anggota parlimen PAS Khalid Samad disekat sekumpulan pemuda Melayu yang tidak puas hati dengannya.



Bercakap kepada Malaysiakini, katanya, mereka mengeluarkan kata-kata kecaman padanya.



Malah, menurutnya, seorang daripada mereka tampil meludahnya.



“Ketika saya mahu meninggalkan (kompleks mahkamah), seorang lelaki Melayu datang kepada saya dan tanya sama ada saya Khalid Samad, anggota parlimen Shah Alam. Lepas saya kata 'ya', dia ludah saya.



“Dan kemudian, datang lagi sepuluh orang dan menghina saya, gelar saya pengkhianat Melayu.



“Ketika kami bergerak menuju kereta, mereka mula bertempik dan berkelakuan liar. Tetapi mereka tidak sentuh saya,” katanya.



Beberapa orang lagi turut menyaksikan insiden itu.



Khalid hari ini didakwa atas tuduhan menghasut atas kenyataannya yang menggesa agar kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dihapuskan.



Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bawah Akta Hasutan dan mengaku tidak bersalah.



Wajah para Team Ludah







Soalan Cepu Emas
: Dari gaya penampilan dan lagak mereka, cuba teka dari team manakah para peludah ini..~X(~X(:eek::eek:




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire