Kuala Lumpur: Seorang wanita patah gigi dan lebam pada beberapa bahagian badan selepas ditinju suaminya yang mengamuk dan membelasahnya dalam kejadian di rumah mereka di Pantai, kelmarin kerana perselisihan faham.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa berusia 28 tahun pada mulanya bertengkar dengan suaminya 20-an berkaitan hal rumah tangga sebelum pertengkaran itu bertukar menjadi ganas.
Menurut sumber, suaminya yang gagal mengawal kemarahan bertindak memaki hamun sebelum menumbuk muka isterinya itu beberapa kali sehingga patah gigi.
Tidak cukup dengan itu suami mangsa turut menampar dan membelasah isterinya itu tanpa henti.
Malah mangsa yang kesakitan merayu dilepaskan namun tidak diendahkan sebaliknya terus dibelasah, katanya.
Sumber berkata, selepas puas membelasah mangsa, suaminya kemudian terus keluar dari rumah.
Akibat kejadian itu mangsa menerima rawatan di klinik berhampiran.
Bimbang kejadian sama berulang mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Pantai untuk tindakan lanjut, katanya.
http://ift.tt/VAiOrN

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire