mardi 28 avril 2015

14 kenderaan terlibat kemalangan


Kesemua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan mengalami kerosakan teruk.

SEREMBAN - Kegagalan sistem brek dialami sebuah kren mengakibatkan 13 kenderaan lain terlibat dalam kemalangan di Jalan Sungai Ujong, di sini, berhampiran simpang ke Plaza Tol Seremban-Labu, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.45 petang itu membabitkan kren Nissan Tadano, Perodua Kancil, Perodua Viva, Perodua Myvi, Perodua Alza, Proton Saga, Proton Saga FLX, Honda City, Toyota Vios, Toyota Dyna, Toyota SEG, Hyundai Elantra dan Mazda 2.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun bagaimanapun berkata, tiada kecederaan serius dilaporkan dan semua kenderaan dialihkan dalam tempoh satu jam selepas kemalangan.

"Berdasarkan siasatan awal, insiden ini berpunca daripada kren yang hilang kawalan ketika menghala ke arah bandar Seremban. Semasa kemalangan, cuaca hujan renyai dan jalan basah di laluan empat lorong berkenaan.

"Kerosakan pada brek menyebabkan jentera berat itu merempuh Toyota SEG di hadapan sehingga terseret dan menyebabkannya melanggar beberapa kenderaan di lorong kedua dari kiri," katanya.

Menurut beliau, kemalangan jenis knock to knock itu semakin melarat apabila kenderaan lain di lorong ketiga sebelah kiri turut dilanggar dari arah belakang.

"Kes disiasat bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Hasil ujian terhadap sampel urin pemandu kren berusia 42 tahun itu didapati negatif.

"Sampel darahnya juga diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi menguji kehadiran alkohol dan dadah dalam badan," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi, Pegawai Bomba Selamat Sairi berkata, seramai empat anggota menaiki satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Seremban 2 dikejarkan ke lokasi kemalangan sekitar jam 6.54 petang.

"Kita turut dibantu BBDP Seremban yang hadir bersama tujuh anggota menaiki satu jentera dan ambulans Unit Penyelamatan dan Rawatan Kecemasan (EMRS).

"Pemantauan dilakukan lebih kurang 20 minit. Tujuannya bagi mengesan sebarang risiko kebakaran dan memastikan tiada mangsa tersepit dalam kenderaan," katanya yang menjelaskan semua mangsa telah dikeluarkan dengan bantuan orang ramai sebelum ketibaan bomba.


Sakitnya belum dikenal pasti


Sazali (tengah) melawat Mohd Ramadhani di Kampung Krubong.

KRUBONG - Seorang kanak-kanak menghidapi masalah perut menggeleber memerlukan rawatan pakar bagi mengesan penyakit yang dideritainya sejak dilahirkan.

Difahamkan, penyakit Mohd Ramadhani Abdullah, 8, masih tidak dikenal pasti.

Perut pelajar Sekolah Kebangsaan Krubong ini akan mengeras apabila demam selain tiada selera makan sehingga menyebabkan berat badannya kini hanya sekitar 14 kilogram.

Sebelum ini, Mohd Ramadhani dijaga ibunya, Julina Ismail, 38. Tetapi keadaan ibunya yang kurang sihat menyebabkan kehidupan Mohd Ramadhani tidak terurus selain tidak bersekolah biarpun sudah berumur tujuh tahun.

Penderitaan dan kesempitan hidup kanak-kanak ini mendapat perhatian jirannya, Hashim Latiff, 51, yang bertindak mengambil Mohd Ramadhani sebagai anak angkat sejak Disember lalu.

"Saya simpati melihat dia. Tidak terurus, tidak bersekolah dan paling kesian melihat keadaan dirinya yang sakit.

"Saya sudah bawa Mohd Ramadhani mendapatkan pemeriksaan di Hospital Alor Gajah awal tahun lalu. Tetapi doktor beritahu keadaannya baik.

"Namun, saya amat risau apabila melihat keadaan perutnya yang tidak diketahui apa jenis penyakit dan rawatan diperlukan," katanya semasa ditemui di kediamannya di Kampung Krubong.

Katanya, Mohd Ramadhani akan mengerang kesakitan setiap kali perutnya mengeras dan akibat penyakitnya itu, dia tidak boleh aktif bermain seperti kanak-kanak lain.

Hashim mempunyai tujuh anak dan hanya bekerja kampung ,mengakui tidak mampu menghantar kanak-kanak ini ke hospital swasta sebaliknya mengharapkan terdapat doktor pakar tampil membantu memberi rawatan.

Hashim bersama isteri, Norazam Ariffih, 49, juga turut bertindak menjaga Julina yang dikatakan tinggal sebatang kara di kampung terbabit.

Norazam menyifatkan Mohd Ramadhani amat pintar dan terang hati kerana biarpun baru bersekolah Januari lalu, namun dia sudah bijak menghafal pelbagai jenis doa.

Sementara itu, Adun Paya Rumput, Datuk Sazali Muhd Din yang berkunjung ke kediaman itu memberitahu, kehidupan keluarga kanak-kanak ini sebenarnya sudah diberikan perhatian sejak menetap di kampung berkenaan.

Bagaimanapun, beliau amat berharap mana-mana hospital pakar di Melaka khususnya, tampil membantu melakukan khidmat sosial korporat memberikan rawatan secara percuma kepada Mohd Ramadhani.

"Saya memohon jasa baik hospital pakar untuk mengenal pasti penyakit kanak-kanak ini dan memberikan rawatan khusus sehingga sembuh.

"Saya juga melahirkan rasa penghargaan kepada Hashim yang sedia menjaga kanak-kanak ini demi masa depannya yang disifatkan sebagai satu contoh tauladan kepada masyarakat," katanya.

Sazali turut memohon pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka mempercepatkan kelulusan bantuan bagi membantu mengurangkan bebanan keluarga berkenaan.

Sebelum ini, Julina adalah penerima JKM tetapi sudah terputus bantuan selepas dia berpindah ke Johor selain menerima bantuan rumah di bawah projek perumahan rakyat termiskin susulan rumah didudukinya sebelum ini terbakar, tahun lalu.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh melakukan demikian pada akaun milik Hashim, Bank BSN 04401-41-00003244-3.


YUUME ROSEHIP DUST : Produk pemutihan pertama berasaskan buah Rose Hip segar!



Nak dapatkan Kulit yang Cerah?

Nak Buang Jejauh Jerawat Degil?

Ada Masalah Kulit Kusam?

Malas nak Shake tapi Nak Cantik Jelita?

Yuume Rosehip Dust With Anti Oxidant adalah jawapan yang tepat!

Penggunaan yuuMe secara berterusan dapat mencerahkan kulit dan menghapuskan jerawat dengan formula teknologi dari Jepun.

YuuMe adalah supplement yang menggunakan 100% buah ROSEHIP yang segar khas untuk mencerahkan kulit,menghapuskan jerawat dan menggebukan kulit anda! .

Di formulasikan dari Jepun, yuuMe sangat sesuai untuk merawat masalah kulit orang Asia

Sekrang ada promosi beli 1 kotak yuuMe dan anda akan mendapat 6 EXTRA FREE SACHET! Promosi terhad untuk 500 kotak sahaja!



Apa kelebihan yuuMe Rosehip??

10x lebih putih melepak!

10x lebih muda remaja!

Terbukti mengandungi 50% lebih vitamin C

Mempercepatkan pemulihan parut!

Mengatasi masalah jeragat

Menghapuskan jerawat dengan lebih pantas!

Menguatkan kuku, rambut serta tulang

Memutihkan kawasan intim dan pelipat

Mengatasi masalah liang roma terbuka

Menghilangkan garis halus penuaan

Badan lebih cergas dan bertenaga

Merangsang seri wajah

Menghilangkan Jeragat / Whitehed / Blackhead

Kulit lebih gebu, lembap dan tegang

Menaikkan rona merah jambu pada wajah

Wajah lebih segar dan berseri

Merangsangkan peningkatan kolagen

Memperbaiki tekstur kulit tua & mati

Mengurangkan pigmentasi & garis selulit

Mengurangkan kedutan halus

Meningkatkan sistem imunisasi

Merawat penyakit resdung dan bersin-bersin

Menghilangkan Pigmentasi

Menyembuhkan Jerawat dan Parut Jerawat

Mengaktifkan Gen Anti-Penuaan

Mengecil dan Menutup Liang Pori Wajah

Melicinkan Kulit Wajah

Menegangkan Kulit

Menyamaratakan Ton Warna Kulit Yang Tidak Sekata

Mengatasi Masalah Kulit Berminyak


Kelebihan utama
memutihkan kulit
merawat segala masalah kulit dgn mbaiki texture kulit yg kering kusam
berkesan utk jerawat, jeragat, resdung dll

Kandungan YUUME :
100% original dari sumber buah Rosehip segar dan gabungan istimewa bersama Astaxanthin, Vitamin C, Apple stemcell, Glutathione, Ovine Collagen, Grapeseed, dan Kiwi.



Cara pengambilan :
Koyak dan tuangkan shj ke dalam mulut dan kemam sehingga yuume rosehips mencair dan bergabung dgn enzim air liur.

Consume semasa perut kosong pada setiap pagi dan jgn lupa jauhi kafein dan minum air masak 3 liters sehari utk kesan optimum!!

Maksimum 2 sachet shj ye..jgn lebih.. actually 1 sachet sehari shj pun dah putehh..

Extra Noted :
Untuk Effect yang Lebih Cepat , U olls Harus Hindarkan Minuman Berkafien
(Nescafe , Teh , Milo , Kopi) Serta Alcohol .. Just banyakkan Minum air Masak ... The Best is, Amik sekali dengan SATIN SKINZ PREMIUM !!



Mengapa Yuume berbeza dengan produk lain ?

Sebabnya ialah YUUME mengandungi 100% kandungan ROSEHIP yang segar

Woooww... nampak menarik dan sangat delicious kan?

Selain rasa die yang sedap, ROSEHIP ni sbagus untuk kulit..

BUAH ni berfungsi utk
memutih kan kulit
melembabkan kulit
menghapuskan jerawat n jeragat
merawat segala masalah kulit

Korang tahu tak yang buah rosehip ni mengandungi 50% lebih Vit C daripada buah Oren! maknanya rosehip ni 50% lebih baik dari buah oren lah! .

Selain tu,buah rosehip ni kaya dengan anti oxidant yang sangat sangat bagusss untuk anti penuaan & awet muda! Sapa nak kasi kulit tegang2 ke memang bagus makan buah rosehip tau! .

Ha,tunggu apa lagi? Sapa nak makan buah rosehip yang segar bugar jom dapatkan yuuMe sekarang! .

Ia juga kaya dengan Vit A dan Vit E yang sangat2 bagus untuk kulit.

Mengapa Yuume berbeza dengan produk lain ?

sebab YUUME mengandungi PURE L GLUTATHIONE

bahan ini merupakan yang paling paling paling penting untuk pencerahan kulit!!

Bukan setakat muka,bukan setakat tangan,tapi seluruh badan cerah uoollsss!!! .



Yelah,bila kita consume yuuMe ni,bahan2 aktif yang terdapat dalam yuuMe ni mengalir ke seluruh tubuh badan kita,dan sangat mustahak untuk uoollsss minum at least 3 liter air sehari! .



Mengapa Yuume berbeza dengan produk lain ?

Sebab YUUME menggunakan OVINE COLLAGEN

Ovine collagen adalah collagen y terdapat pada kambing biri2. Dalam dunia ni ada few types of collagen .

Marine - fish
Porcine - pig
Bovine - cow
Ovine - sheep .

Kami TIDAK menggunakan MARINE disebabkan ada sesetengah dari kita yang alah dengan seafood .

Kami TIDAK menggunakan PORCINE disebabkan ianya tidak halal uoollss .

Kami TIDAK menggunakan BOVINE disebabkan utk menjaga sensitivity kaum india .

Kami menggunakan OVINE iaitu collagen y diekstrak dari sheep kerana ia TERBUKTI lebih baik daripada collagen2 y lain! .


Jom ber yuuMelicious!!!

YUUME utk ibu hamil

Ibu2 yg hamil usah risau

YUUME selamat untuk ibu mengandung 5 bulan ke atas



Kenapa YUUME Tiada Kelulusan KKM?

Pertama sekali perlu faham bahawa YUUME adalah minuman kesihatan bukannya produk berjadual macam vitamin/ubat-ubatan. Ia dikalsifikasikan sebagai produk makanan/minuman.

Oleh yang demikian, produk ini secara automatiknya dikawal oleh Pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Makanya, apa-apa produk makanan/minuman kesihatan tidak perlu berdaftar dengan KKM. Kerana produk seperti ini diselia di bawah Akta Makanan. Sama seprti produk Herbalife dan Innershine yang berdaftar dengan Akta Makanan.

Produk makanan/minuman kesihatan perlu mendapatkan kelulusan dari GMP Manufacturing, buatan malaysia.

Mereka telah ber YUUME, anda bila lagi ???

HARGA YUUME :

RM125 (SM) @ RM130 (SS)

(20 sachet)



NOW PROMOTION
BELI 1 KOTAK DAPAT 6 SACHET PERCUMA!! bernilai RM45
Penghantaran PERCUMA!
Limited stock! Terhad kpd 500 kotak shj


Grab promosi ni cepat2!!

PENGHANTARAN:



KAMI MENGUNAKAN POS LAJU
SETIAP ITEM YANG DIHANTAR AKAN SAMPAI
KEPADA PELANGAN DALAM TEMPOH 1 KE 2 HARI.
NO RUJUKAN ITEM (TRACKING NUMBER)
AKAN DIBERIKAN SETELAH URUSAN JUAL BELI SELESAI.


☎ Belian boleh terus SMS / Whatsapp
010-5355858


Lelaki terpaksa dipotong kepala alat sulitnya lepas hitam mereput



New Jersey – Seorang lelaki warga emas berusia 54 tahun tidak mempunyai pilihan lain kecuali memotong kepala zakarnya, selepas bahagian berkenaan terkena keracunan darah hingga menyebabkan kulit menjadi hitam dan reput.

Keadaan yang amat jarang ditemui itu dikesan selepas lelaki terbabit dimasukkan ke hospital akibat gangren di bahagian kaki, punggung, pinggul dan alat sulitnya.

Bahagian luka serta hitam itu akibat kulit mati menyebabkan kesakitan yang amat sangat hinggakan lelaki itu terpaksa diberikan ubat yang kuat untuk mengawal kesakitan, demikian lapor jurnal kesihatan BMJ Case Reports.

Menurut doktor yang merawat lelaki itu, Dr. Edmond Sarkis, lelaki itu menghidap necrosis iaitu keadaan di mana kulit reput dan menjadi ungu serta hitam.

“Ia menyeliputi bahagian pinggul dan belakang badan malah alat sulitnya juga reput, iaitu satu keadaan yang jarang ditemui. Saya sendiri tidak pernah melihat keadaan begini rupa,” katanya.

Dr. Edmond berkata, lelaki itu diberikan antibiotik dan pada masa sama doktor kini sedang mencari punca kejadian berkenaan.

Rekod perubatan lelaki tersebut menunjukkan bahawa dia mempunyai sejarah penyakit buah pinggang dan sedang menjalani rawatan dialisis.


http://ift.tt/1HWYGpj


Ketatkan visa warga Afrika


KEBANJIRAN warga Afrika di negara ini mencetuskan kebimbangan rakyat tempatan ekoran banyak berlaku kejadian jenayah membabitkan rakyat dari benua itu. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa supaya memperketatkan pengeluaran visa dan pas lawatan kepada pelancong atau pelajar dari negara-negara Afrika sebagai langkah untuk mengekang kebanjiran warga dari benua itu yang dilihat semakin membimbangkan.

Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (gambar kecil) berkata, kebanjiran warga Afrika di negara ini mula memberi kesan terhadap kehidupan sosial masyarakat setempat sehingga ada yang menjadi mangsa kegiatan jenayah serta tindakan biadab mereka.

“PPIM menerima banyak aduan berkaitan masalah dihadapi rakyat tempatan yang sering diganggu, ditipu, diugut dan diperdayakan oleh warga Afrika.

“Selain mengganggu gadis serta wanita tempatan, ada juga antara mereka terlibat dalam kegiatan penipuan seperti black money, penipuan internet, harta dan wasiat serta penipuan pelaburan dengan menggunakan pelbagai kaedah serta umpanan,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.


sumber:http://ift.tt/1JzhhbM


Penduduk gali sendiri runtuhan



KATHMANDU – Beratus-ratus penduduk Nepal menggunakan tangan mereka untuk menggali di celah runtuhan bagi mencari mayat anggota keluarga masing-masing semalam.

Mereka bertindak sendiri kerana marah dan kecewa kerajaan lambat menghulurkan bantuan selepas gempa bumi kuat melanda Nepal tiga hari lalu dan menyebabkan lebih 4,000 kematian.

Bantuan antarabangsa akhirnya tiba di Nepal yang memiliki 28 juta penduduk tetapi pengagihannya lembab.

Siri gegaran susulan, kemusahan teruk, kerosakan infrastruktur serta kekurangan dana merupakan antara faktor yang melambatkan usaha menyelamat di negara itu yang terletak di antara India dan China.

“Menunggu bantuan tiba adalah lebih menyeksakan berbanding anda sendiri melakukan usaha menyelamat,” kata seorang penduduk, Pradip Subba.

Dia menggali di celah-celah runtuhan menara bersejarah Dharahara di Kathmandu untuk mencari mayat abang dan kakak iparnya.

“Tangan kami ialah jentera kami,” kata lelaki berusia 27 tahun itu.

“Tiada kakitangan kerajaan atau anggota tentera datang untuk membantu kami,” tambahnya.

Berpuluh-puluh orang maut selepas menara itu runtuh dalam gempa bumi pada Sabtu lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, ketua agensi bantuan bencana alam India (NDRF), O.P. Singh berkata, usaha membersihkan runtuhan adalah sukar kerana jentera berat tidak dapat memasuki jalan-jalan sempit di Kathmandu.

NDRF merupakan antara beberapa agensi bantuan asing yang pertama tiba di Nepal.

“Anda perlu mengeluarkan semua serpihan runtuhan dan ini mengambil masa sehingga berminggu-minggu,” katanya kepada saluran televisyen India, NDTV lewat kelmarin.

Dalam pada itu, India dan China menjadi antara negara pertama yang menyumbang kepada usaha antarabangsa bagi membantu Nepal.

Kelmarin, Amerika Syarikat (AS) turut mengumumkan bantuan tambahan sebanyak AS$9 juta (RM31.9 juta), menjadikan bantuan AS kini meningkat kepada AS$10 juta (RM35.5 juta).

Setiausaha Pertahanan AS, Ash Carter pula berkata, dua pesawat pengangkut C-17 milik Tentera Udara AS yang membawa sebilangan petugas penyelamat dan barangan keperluan telah berlepas ke Nepal. – Reuters


Pinjaman Kerajaan Untuk Pembelian Rumah


Anda seorang penjawat awam? Tahukah anda bahawa anda mempunyai satu kemudahan yang orang lain tidak dapat merasainya? Iaitu kemudahan dari segi pinjaman perumahan untuk pembelian rumah. Jika anda bercadang untuk membeli kediaman sendiri adalah amat berbaloi menggunakan kemudahan pinjaman kerajaan.

Ini kerana faedah pinjaman yang berkadar tetap pada kadar 4% yang terbaik dan tidak ditawarkan oleh mana-mana bank lain (4.5% – 5.5%). Pada masa yang sama kaedah pengiraan faedahnya pula berdasarkan baki pinjaman tertunggak pada kadar baki yang berkurangan.

Sekiranya anda berpeluang menggunakan kemudahan pinjaman kerajaan untuk pembelian rumah anda, dapatkannya kerana ianya amatlah berbaloi.

JADUAL KELAYAKAN PINJAMAN KERAJAAN UNTUK PEMBELIAN RUMAH

Berikut ialah jadual kelayakan pinjaman kerajaan untuk pembelian rumah yang terbaru dikemaskini pada 1 Januari 2015.



APAKAH KELAYAKAN PINJAMAN?


1. Kelayakan pinjaman berdasarkan jadual kelayakan di atas. Jika anda bergaji bulanan hakiki sebanyak RM6,500 maka anda layak untuk meminjam RM562,000 untuk pembelian hartanah.

2. Bagi pinjaman pertama tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji hakiki semasa. Manakala pinjaman kedua tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji hakiki semasa.

3. Segala potongan gaji di dalam slip gaji tidak akan dikira. Termasuk juga pinjaman dengan pihak bank.

4. Segala pinjaman haruslah mendapat kelulusan ketua jabatan untuk menyokong permohonan pinjaman anda.

PERMOHONAN PINJAMAN


1. Pemohon hendaklah menggunakan borang online untuk menghantar permohonan. Klik di sini.

2. Borang permohonan berserta dokumen sokongan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia melalui Ketua Jabatan. (Hanya untuk tentera & Polis)

3. Perbendaharaan Malaysia berhak menolak permohonan melibatkan pemaju/kontraktor/peguam/arkitek bagi melindungi kepentingan kerajaan.

4. Perbendaharaan Malaysia berhak menolak permohonan yang melibatkan pemohon yang pernah melanggar syarat pinjaman perumahan Perbendaharaan.

5. Perbendaharaan Malaysia berhak untuk membatalkan pinjaman sekiranya didapati peminjam telah melanggar syarat pinjaman perumahan.

KELULUSAN PINJAMAN

Jika tiada sebarang masalah, keputusan permohonan akan diperolehi dalam masa seminggu.

Maklumat Lanjut boleh layari –> Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

Sumber