KEBANJIRAN warga Afrika di negara ini mencetuskan kebimbangan rakyat tempatan ekoran banyak berlaku kejadian jenayah membabitkan rakyat dari benua itu. Gambar hiasan
KUALA LUMPUR Kerajaan digesa supaya memperketatkan pengeluaran visa dan pas lawatan kepada pelancong atau pelajar dari negara-negara Afrika sebagai langkah untuk mengekang kebanjiran warga dari benua itu yang dilihat semakin membimbangkan.
Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (gambar kecil) berkata, kebanjiran warga Afrika di negara ini mula memberi kesan terhadap kehidupan sosial masyarakat setempat sehingga ada yang menjadi mangsa kegiatan jenayah serta tindakan biadab mereka.
PPIM menerima banyak aduan berkaitan masalah dihadapi rakyat tempatan yang sering diganggu, ditipu, diugut dan diperdayakan oleh warga Afrika.
Selain mengganggu gadis serta wanita tempatan, ada juga antara mereka terlibat dalam kegiatan penipuan seperti black money, penipuan internet, harta dan wasiat serta penipuan pelaburan dengan menggunakan pelbagai kaedah serta umpanan, kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
sumber:http://ift.tt/1JzhhbM
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire