vendredi 1 août 2014

'Jangan ingat boleh lepas'



STATUS Khairy di Facebook yang membandingkan kes ini dengan kejadian membabitkan Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, atau dikenali sebagai Kiki, yang tetap didakwa di mahkamah walau pun sudah meminta maaf.





Kuala Lumpur: Tindakan masih boleh diambil terhadap seorang lelaki yang mengeluarkan kata-kata hinaan di laman sosial Facebook (FB) kerana tidak berpuas hati apabila bacaan ayat al-Quran menerusi pembesar suara pada awal pagi mengganggu tidurnya, walaupun dia sudah memohon maaf dan memadamkan status itu.



Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datin Asmawati Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung perkara itu.

"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenalpasti pemilik akaun FB berkenaan.



"Jika didapati bersalah dia boleh dikenakan tindakan sewajarnya.







sumber:http://ift.tt/1oVbMZW




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire